Home / Polisi Kesopanan

Polisi Kesopanan

Polisi Kesopanan Wargasiber

Wargasiber mempunyai hak untuk menyantun, menyunting, menghalang, mengalih atau memadam komen-komen atau posting yang dihantar di laman sesawang ini yang mana, mengikut pertimbangan Wargasiber, disifatkan sebagai tidak sesuai atau bersifat seperti berikut:-

  • Menggunakan kata kesat – dalam apa jua bahasa, sama ada bahasa pasar mahupun slanga;
  • Serangan peribadi, ugutan, memalukan, merendahkan atau kenyataan menghina tentang pengarang atau rakan pengulas atau lain-lain;
  • Kenyataan atau bahasa yang berbaur perkauman;
  • Kenyataan atau bahasa yang provokatif dan menyentuh sensitiviti agama;
  • Samaran mahupun gelaran yang mengandungi bahasa kesat – dalam apa jua bentuk, apa jua bahasa, slanga ataupun bahasa pasar;
  • Menggunakan nama samaran yang dengan sengaja menyalahgunakan/menyamar sebagai pengulas lain atau orang terkenal;
  • Komen-komen yang tidak langsung berkaitan dengan isu/artikel yang mana komen itu dihantar;
  • Komen-komen yang mengandungi pautan yang tidak sopan atau dirasakan tidak menyenangkan, mengikut penilaian Wargasiber;
  • Komen-komen yang panjang berjela yang melebihi panjang yang munasabah. Komen-komen seharusnya tidak melebihi 500 patah perkataan. Mana-mana yang berlebihan akan tertakluk kepada budi bicara laman ini;
  • Promosi produk, servis atau laman sesawang, termasuk promosi keagamaan mahupun organisasi keagamaan, melainkan pautannya relevan dengan artikel yang disiarkan. (Jika anda ingin Wargasiber membantu anda mengiklankan laman sesawang, produk ataupun servis anda, sila hantarkan emel kepada kami.);
  • Komen yang mengandungi fitnah atau memfitnah; dan
  • Komen-komen yang dirasakan melanggar mana-mana kriteria diatas akan tidak dibenarkan keseluruhannya.

Jika terdapat komen yang mengandungi mana-mana kriteria diatas, seluruh komen akan dipadam.

Harapan kami agar wacana yang penuh sivik, bermakna dan saling menghormati boleh dinikmati semua untuk perbincangan dan perdebatan.

Kami tidak akan menjadi platform untuk sesiapa yang berniat menggunakannya untuk niat/niat-niat yang lain.

Wargasiber mempunyai hak untuk memadam sebarang komen mengikut budi bicara, dan kami juga mempunyai hak untuk secara kekal mengharamkan pengulas yang secara berterusan melibatkan diri dengan larangan-larangan yang disebut diatas dan juga pengulas-pengulas yang membuat/menggunakan lebih dari satu akaun, untuk mengelakkan astroturfing.

Mana-mana pengulas yang telah diharamkan dari menyertai platform perbincangan akan diharamkan terus secara kekal, bermaksud, jika pengulas tersebut muncul semula selepas di haramkan dan dikenalpasti, pengharaman akan dikenakan juga ke akaun baharu.

Jika sekiranya anda terjumpa mana-mana kandungan di laman ini yang tidak menyenangkan ataupun mengganggu atau melanggar mana-mana kriteria di atas, sila hantarkan emel kepada kami, ataupun tandakan di komen untuk diperbetulkan dan kami akan melihat kepada perkara tersebut.

Kami boleh dihubungi di [email protected].

Kami menghargai kerjasama anda. Terima kasih.

Yang benar,
Tenaga Kerja Wargasiber