Home / Mengenai Kami

Mengenai Kami

The Online Citizen merupakan platform media bebas yang paling lama bertapak di Singapura. Matlamat kami ialah memeriksa isu yang penting, atau seharusnya penting, bagi warga Singapura, serta mencerminkan kepelbagaian hidup, idea-idea dan pendapat yang menjadikan Singapura.

TOC diasaskan pada tahun 2006, lebih kurang enam bulan selepas pilihanraya umum diadakan pada bulan Mei tahun itu. Pada ketika itu, rakyat Singapura mempunyai beberapa pelantar media bebas untuk dirujuk bagi berita-berita dan pandangan.

Pada tahun 2017, TOC menyertai Badan Wartawan Siasatan dan Penyunting sebagai ahli dan salah satu daripada entiti berita yang diakui oleh organisasi bukan untung antarabangsa.

Kami berjaya kekal selama hampir sedekad, terima kasih atas sokongan padu daripada sekumpulan kecil penulis-penulis, jurugambar-jurugambar, penyunting-penyunting, dan ramai lagi yang secara sukarela menyumbangkan masa dan kepakaran. Tanpa dedikasi dan semangat mereka, kami mungkin tidak akan di sini, hari ini.

Sambil kami meneruskan tahun yang ke-10 ini, kami akan terus bergantung kepada sumbangan dari para sukarelawan. Kami telah, walau bagaimanapun, melakukan beberapa perubahan untuk memastikan kelestarian operasi kami dan mengikut rentak perubahan yang dapat dilihat di Singapura pada dekad yang lalu.

Lantaran itu, pada tahun 2019, TOC melancarkan Wargasiber sebagai laman berita dan perbincangan berbahasa Melayu dengan tujuan menjangkau masyarakat yang bertutur dalam Bahasa Melayu di dalam negara, serta di sekitar rantau ini.

Kami percaya bahawa masa depan Singapura sebaiknya dibina oleh warganegara yang dibekalkan dengan maklumat, serta mempunyai akses kepada kepelbagaian sumber berita dan pandangan, di samping persekitaran yang terbuka dan penuh semangat yang mana untuk berkongsi dan berbahas idea dan pendapat.

Justeru itu, Wargasiber diwujudkan demi membantu mewujudkan persekitaran sebegitu, dan itulah apa yang kami akan lakukan secara berterusan.

Struktur Editorial:-

  • Terry Xu, Ketua Penyunting ( [email protected] )
  • Penulis-penulis dan penyunting-penyunting sukarela

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengiklanan, e-mel kami di [email protected]

Untuk sebaran media, e-mel kami di [email protected]