Home / Isu Semasa / Netizen tidak senang bila tahu POFMA akan dikuatkuasakan di platform-platform tertutup seperti grup sembang dan grup media sosial

Netizen tidak senang bila tahu POFMA akan dikuatkuasakan di platform-platform tertutup seperti grup sembang dan grup media sosial

Menteri Kanan Undang-undang Negeri, Edwin Tong berkata di Parlimen pada Selasa (7 Mei) bahawa cadangan undang-undang POFMA (Perlindungan daripada Kepalsuan Atas Talian dan Manipulasi) akan meliputi platform-platform komunikasi tertutup seperti grup sembang peribadi dan grup media sosial, termasuk aplikasi yang mempunyai enkripsi hujung ke hujung yang hanya membenarkan pertukaran mesej antara pemberi dan penerima.

Semasa bercakap di sesi debat untuk cadangan undang-undang baru itu untuk membanteras berita palsu, Encik Tong meluahkan bahawa saluran-saluran tertutup seperti grup sembang dan grup media sosial bertindak seperti “megafon awam” sama seperti platform terbuka.

“Memandangkan kepalsuan boleh disorok dari pandangan, platform tertutup sebegini sememangnya ideal untuk menyebarkan cerita-cerita palsu.  Para pengkaji percaya bahawa dalam ruangan tertutup, manusia lebih cenderung untuk menunjukkan emosi kepada berita palsu kerana ruang ini dikongsi bersama mereka yang dikenali serta dipercayai,” katanya.

Tambahnya lagi, “Rang undang-undang ini mendapati bahawa platform-platform tertutup ini tidak semestinya peribadi.  Ianya masih boleh digunakan tidak terhad untuk komunikasi persendirian dan peribadi sahaja, malahan ianya juga digunakan untuk berkomunikasi dengan ratusan serta ribuan orang yang tidak dikenali pada satu-satu masa.”

Dibawah Rang undang-undang ini, para menteri akan dibenarkan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan pembetulan atau menghentikan aliran komunikasi – yang mana untuk mendesak individu atau syarikat/laman sesawang agar mengeluarkan pembetulan kepada “kepalsuan” atau menarik balik pengisian tersebut sepenuhnya, seandainya pengisian itu dikatakan sebagai palsu.

Pembetulan akan dikeluarkan dalam bentuk notis untuk memberi amaran kepada rakyat tentang kepalsuan, dan notis ini boleh mengandungi fakta sebenar atau menyediakan pautan kepada fakta, kata Encik Tong.

Selain daripada pembetulan biasa yang dibesarkan atau diterbitkan pada platform-platform seperti saluran-saluran berita dan perantara Internet, pembetulan itu juga boleh disasarkan dan bertindak sebagai tag amaran kepada kepalsuan, tambah menteri itu.

Lagi, Encik Tong menekankan bahawa arahan-arahan boleh diberikan terhadap kenyataan-kenyataan palsu yang dikomunikasikan di Internet, tanpa mengambil kira jenis platform dan samada ianya terbuka mahupun tertutup.

Tambahnya, menteri itu turut memberitahu bahawa notis pembetulan umum boleh dikeluarkan kepada saluran komunikasi tertutup yang mempunyai enkripsi hujung ke hujung.

Di bawah POFMA, arahan-arahan ini adalah “cukup fleksibel untuk menangani penyebaran kepalsuan pada platform-platform yang akan dibangunkan di masa hadapan,” tambah Encik Tong.

Sejurus selepas maklumat ini diterbitkan untuk bacaan umum, ramai pengguna atas talian meluahkan rasa tidak senang dengan jangkauan Kerajaan menggunakan POFMA dan bagaimana ianya sekarang menyerang privasi mereka.  Sambil memberikan pendapat pada laman Facebook The Straits Times’, netizen mengulas bahawa tindakan ini sangat menganggu dan ianya “berbunyi seperti sebuah kepimpinan diktator”.  Mohd Iskandar menambah bahawa ini kedengaran seperti penapisan maklumat cuma ianya memberi kelebihan lebih besar kepada Menteri-menteri dan Kerajaan.

 

Ada yang mencadangkan untuk memilih Kerajaan baru pada pilihanraya selepas ini dan meminta orang ramai untuk mengundi dengan bijak agar undang-undang kejam ini dapat dihentikan.  Sebagai tambahan, Yeekee Hoo memberitahu bahawa Para Menteri hanyalah manusia biasa yang juga sudah tentu membuat kesilapan.

Oleh itu, dia mempersoalkan logik disebalik memberi kuasa mutlak kepada seorang manusia untuk menentukan apa yang palsu dan tidak, serta kepastian samada Menteri-menteri ini tidak akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.

Laporan ini diterjemahkan dari artikel oleh Kiara Xavier yang disiarkan di The Online Citizen pada 8 Mei 2019.

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …