Home / Antarabangsa / Datuk Bandar yang tamak haloba mungkin ditembak mati selepas disabitkan kesalahan ambil rasuah lebih S$222 juta
Sumber foto: South China Morning Post

Datuk Bandar yang tamak haloba mungkin ditembak mati selepas disabitkan kesalahan ambil rasuah lebih S$222 juta

World of Buzz (WOB) melaporkan bahawa, negara tembok besar China sejak bertahun lamanya telah dicemari dengan aktiviti rasuah sehingga menghalang perkembangan ekonominya.  Tambah laporan itu lagi, masalah rasuah di China sangat meruncing sehinggakan Presiden Xi Jinping telah bersumpah pada 2013 untuk membanteras jenayah rasuah.

Antara langkah drastik yang diperkenalkan oleh Presiden Xi adalah menghukum ahli-ahli politik dan pegawai kerajaan “yang tersangat jijik ini” dengan hukuman bunuh, dan Zhang Zhongsheng merupakah salah seorang daripadanya.

WOB yang memetik daripada Shanghaiist melaporkannya sebagai berkata, Zhang pernah menjadi timbalan datuk bandar di sebuah pekan miskin yang dikenali sebagai Luliang di daerah Shanxi, China.  Dia bukannya fokus kepada melonjakkan ekonomi setempat, sebaliknya dia menyalahgunakan kuasa yang diberi sebagai individu kedua paling berkuasa di pekan itu dengan meminta rasuah daripada pemilik-pemilik perniagaan.

Perbuatan terkutuk selama 16 tahun itu berlaku selepas dia diberi tanggungjawab untuk meluluskan permohonan dan lesen-lesen untuk projek-projek baru perlombongan arang batu, penggabungan dan pemerolehan.  Tanpa sebarang semakan dan imbangan dalam pengurusan, Zhang menerima lebih daripada S$222 juta  dari tahun 1997 sehingga 2013 yang jelas sekali tidak sepadan dengan gaji yang diterima sebagai kakitangan kerajaan.

Kemewahan yang dimilikinya telah menarik perhatian kerajaan dan pada tahun 2014, Zhang telah dipanggil untuk disoal siasat.  Empat tahun kemudiannya, Zhang dikenakan 18 pertuduhan, dengan dua daripadanya melibatkan rasual melebihi 200 juta Yuan (lebih S$40.1 juta).  Selain daripada itu, dia juga mengambil inisiatif untuk meminta 88 juta Yuan (sekitar S$18.6 juta) sebagai pertukaran kepada perkhidmatan yang diberikan.

Mahkamah menjelaskan bahawa jenayah terkutuknya itu sebagai “sangat tamak” dan menyebabkan “kerugian besar terhadap negara serta rakyat”.  Oleh sebab itu, pada Mac 2018, dia telah dijatuhkan hukuman mati.  Namun begitu, sebelum hukuman dijalankan, Mahkamah Tertinggi Rakyat China mesti memberikan kebenaran untuk hukuman itu dijalankan.  Buat masa ini, dia masih menanti keputusan akhir daripada mahkamah tertinggi.

 

Sumber: World of Buzz

 

 

Check Also

Polis menyiasat lelaki berusia 19 tahun atas kesalahan pecah masuk dan mengambil gambar lelaki lain dalam bilik air di dewan NTU

Satu lagi insiden yang melibatkan aktiviti voyeurism di dewan kediaman universiti berlaku lagi apabila seorang …