Home / Malaysia / Suspek tunggal bagi kes pembunuhan Kim Jong Nam bakal dibebaskan
Warganegara Vietnam, Doan Thi Huong dilihat di sini pada 1 April, 2019 selepas meninggalkan mahkamah di Malaysia, selepas tuduhan membunuh terhadapnya digugurkan (Foto AFP/Mohd RASFAN)

Suspek tunggal bagi kes pembunuhan Kim Jong Nam bakal dibebaskan

Wanita warga Vietnam yang didakwa dengan tuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara akan dibebaskan Jumaat ini, sekaligus menamatkan prosiding undang-undang bagi kejadian mengejutkan itu walaupun dikritik ramai apabila penjenayah sebenar tidak dihadap ke muka pengadilan.

Selepas perbicaraan demi perbicaraan, Doan Thi Huong telah mengaku bersalah pada bulan lalu untuk mengurangkan hukuman keatas kesalahan “menyebabkan kematian” pada pembunuhan Kim Jong Nam pada 2017.  Ini menjadikan dia sebagai satu-satunya individu yang disabitkan dengan kesalahan bagi kes pembunuhan yang menjadi tajuk utama berita seluruh dunia.

Beberapa minggu sebelum ini, Siti Aisyah dari Indonesia – satu-satunya individu yang dibawa ke muka pengadilan atas pembunuhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dilakukan menggunakan ejen saraf VX iaitu senjata kimia maut – telahpun dibebaskan dan terbang pulang ke negara asalnya selepas tuduhan membunuh keatasnya digugurkan.

Pasangan itu seringkali tidak mengaku bersalah dengan tuduhan melakukan pembunuhan dan membela diri dengan mengatakan mereka adalah kambing hitam bagi rancangan pembunuhan oleh Ejen-ejen Korea Utara yang meninggalkan Malaysia selepas pembunuhan itu berlaku.

Korea Selatan menuduh Pyongyang sebagai perancang kepada pembunuhan itu.

Huong, yang awalnya dihukum penjara selama beberapa tahun telahpun diringankan hukuman dan bakal dilepaskan dari hukuman penjara di Kuala Lumpur pada waktu pagi dan dijangka terbang pulang ke kampung halaman pada petang hari yang sama.

“Dia sangat gembira,” peguam Hisyam Teh Poh Teik memberitahu AFP. “Dia menantikan untuk pulang ke kampungnya.”

Walaupun berita ini melegakan dua wanita tersebut – yang memberitahu bahawa mereka percaya yang mereka sedang menyertai rancangan prank TV  – mereka yang menjadi dalang pembunuhan itu mungkin tidak dapat dihadapkan ke pengadilan.

“Penjenayah-penjenayah sebenar tidak dibawa untuk pengadilan, ” kata Hisyam yang turut menambah, pasukan peguam bagi kedua-dua wanita itu secara terus-terusan berdebat bahawa pengendali ‘rancangan TV’ dari Korea Utara itulah pembunuh sebenar.

Kedua-dua wanita itu ditangkap selepas tindakan mereka dirakan pada kamera CCTV di lapangan terbang. Pada rakaman itu kelihatan mereka berdua berjalan ke belakang Kim Jong Nam yang pada waktu itu sedang menunggu penerbangannya, kemudian salah seorangnya dilihat menekup wajah Kim Jong Nam menggunakan tangan.  Kim Jong Nam adalah abang kandung sebapa kepada Kim Jong Un yang dipinggirkan.

Kim yang merupakan pewaris jelas kepada kerajaan Korea Utara sehingga dia diusir dari negaranya, menghembuskan nafas dalam kesakitan tidak lama selepas itu, dengan racun memenuhi wajahnya.

Aisyah dan Huong, berusia 30 tahun dan merupakan bekas pekerja salun, dihadapkan ke perbicaraan untuk pembunuhan pada Oktober 2017 dan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Fasa pembelaan bagi kes ini dijangka bermula pada Mac, namun atas tindakan yang mengejutkan, pihak pendakwa mengumumkan yang mereka menarik semula dakwaan membunuh terhadap Aisyah, 27, lalu dia terbang pulang ke Jakarta.

Pembebasannya adalah selepas tekanan diplomatik bertalu-talu daripada Indonesia, termasuklah daripada Presiden Joko Widodo.

Vietnam kemudiannya meningkatkan tekanan agar tuduhan membunuh keatas Huong juga digugurkan.  Permintaan awal tersebut walaubagaimanapun telah ditolak, tetapi pada awal April, pendakwaraya menawarkan hukuman lebih ringan yang membuka jalan kepada pembebasannya.

Pembunuhan tersebut mencetuskan perbalahan diantara Korea Utara dengan Malaysia, yang mana sebelum ini merupakan rakan sekutu negara senjata nuklear itu, sehingga menyebabkan pengusiran duta bagi kedua-dua negara.

Hubungan antara kedua-dua buah negara semakin pulih dengan Malaysia mengatakan rancangan untuk membuka semula kedutaannya di Pyongyang yang mana telah ditutup tidak lama selepas pembunuhan itu berlaku. – AFP

 

Check Also

Pihak Polis Diraja Malaysia terus menerima laporan daripada penduduk Pengerang berkenaan letupan di pusat pembangunan petrokimia RAPID

Sebanyak 84 buah laporan diterima oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada penduduk Pengerang di …