Home / Teknologi / Google telah bersedia untuk melancarkan alat privasi untuk kurangkan penjejakan atas talian
Sumber foto: Bloomberg

Google telah bersedia untuk melancarkan alat privasi untuk kurangkan penjejakan atas talian

Syarikat teknologi multinasional dari Amerika Syarikat, Google sudah bersedia untuk melancarkan butang fungsi pada pelayar Chrome yang akan menawarkan pengguna lebih kawalan dalam menghalang cookies penjejak, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin.

Cookies merupakan fail perkataan bersaiz kecil yang mengikut pengguna internet dan selalunya digunakan oleh pengiklan untuk mensasarkan pengguna berdasarkan kepada minat-minat tertentu yang ditunjukkan oleh pengguna semasa melayari internet.

Walaupun senjata terbaharu daripada Google ini secara ketara tidak dijangka akan mengurangkan kemampuannya untuk mengumpul data, tetapi kelebihan ini cukup besar dalam membantu syarikat itu memberi tekanan kepada pesaing-pesaing pengiklanan yang lain, kata akhbar itu.

Menurut laporan oleh sebuah firma penyelidikan, eMarketer, sehingga kini, Google mempunyai sehingga 3 bilion pengguna yang mengangkatnya menjadi penjual iklan di internet yang terbesar sekali di dunia, yang menyumbang satu pertiga daripada keseluruhan pendapatan.  Jumlah tersebut menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Facebook Inc sebanyak 20%.

Jelas eMarketer lagi, jumlah perbelanjaan untuk iklan digital di Amerika Syarikat akan meningkat sebanyak 19% kepada hampir $130bilion pada 2019.

Google telah mengusahakan rancangan cookies itu selama sekurang-kurangnya enam tahun.  Namun selepas tersebarnya berita tentang maklumat peribadi pengguna Facebook telah dikongsi secara tidak sepatutnya dengan Cambridge Analytica pada tahun lalu, Google telah menggiatkan usaha selepas ianya banyak kali tertangguh.

Pihak syarikat lebih banyak mensasarkan cookies yang dipasang oleh pihak ketiga yang mencari keuntungan, yang bukanlah pemilik laman sesawang dimana pengguna itu melawat dengan aktif, kata Journal itu.

Pada 2017, Apple Inc telah menghentikan kebanyakkan cookies penjejak pada pelayar Safari secara default yang kemudiannya diikuti oleh Firefox oleh Mozilla Corp.

Reuters memberitahu bahawa, pihak Google masih tidak memberi respon untuk mengulas perkara ini.

Sumber dari FMT dan Reuters.