Home / Malaysia / Wanita makan penampar kerana tidak beri isyarat semasa membelok, lelaki berlagak samseng jalanan kini diburu polis

Wanita makan penampar kerana tidak beri isyarat semasa membelok, lelaki berlagak samseng jalanan kini diburu polis

Kisah di Malaysia, baru-baru ini tular di Facebook tentang sebuah rakaman video yang dirakam melalui dashcam menunjukkan seorang wanita ditampar dan ditumbuk oleh seorang lelaki.

Harian Metro (HM) melaporkan bahawa, seorang lelaki berlagak seperti samseng jalanan telah menampar dan menumbuk seorang pemandu wanita berikutan salah faham dalam kejadian dipercayai berlaku di Taman Keramat, Kuala Lumpur, tengah hari semalam (2 Mei).

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju kemeja biru dilihat berhenti di sebelah kereta.  Lelaki itu dilihat menjadi marah lalu menghentak topi keledar yang dipakai ke atas bumbung kereta berwarna putih yang dipercayai sebuah kereta Honda.

Sejurus itu, seorang wanita yang kelihatan keluar dari kenderaan tersebut untuk melihat kerosakan pada keretanya. Tidak lama kemudian, mereka dilihat seakan-akan bertengkar lalu lelaki terbabit menampar muka wanita tersebut.  Wanita itu dilihat membalas pukulan tetapi kemudiannya ditumbuk di kepala sebelum tiga lelaki bergegas membawa lelaki itu menjauhi wanita tersebut untuk mengelakkan perkara lebih teruk berlaku.

Lelaki itu juga kedengaran memaki hamun wanita itu yang dikatakan tidak memberi lampu isyarat semasa hendak memasuki simpang jalan.

Lihat video kejadian itu dibawah ini.

Perempuan ditampar..

Posted by Ellayrose Nordin on Thursday, May 2, 2019

Sumber video dari Facebook Ellayrose Nordin. 

Menerusi kemaskini oleh HM, lelaki tersebut kini menjadi buruan polis susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa selepas mendapatkan rawatan dari Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan dengan sengaja serta kerana melakukan khianat.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan khianat.” kata Superintendan Azmi.

 

Check Also

Pihak Polis Diraja Malaysia terus menerima laporan daripada penduduk Pengerang berkenaan letupan di pusat pembangunan petrokimia RAPID

Sebanyak 84 buah laporan diterima oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada penduduk Pengerang di …