Home / Isu Semasa / Rakaman video lelaki berdiri di tepi jalan Clarke Quay yang menghentam hud kereta sebanyak 3 kali hanya kerana enggan beri laluan kepada kereta

Rakaman video lelaki berdiri di tepi jalan Clarke Quay yang menghentam hud kereta sebanyak 3 kali hanya kerana enggan beri laluan kepada kereta

Apabila anda sebagai pejalan kaki sedang cuba untuk melintasi jalan ataupun ingin mendapatkan teksi, apakah tindakan anda jika bertembung dengan kenderaan yang sedang mara? Sudah pastinya anda akan dengan pantas memberi laluan kepada kenderaan yang sedang lalu lalang – kerana keselamatan adalah yang paling utama, bukan?

Namun berbeza dengan dua lelaki muda yang nyata mengambil tindakan di luar jangkaan.

Sebuah kamera dashcam telah merakam sebuah video sekitar jam 3.40 pagi, semalam (1 Mei) yang jelas menunjukkan perjalanan sebuah kereta sepanjang jalan di luar Pusat Beli Belah The Central di Clarke Quay.

Pada separuh masa rakaman, seorang lelaki kelihatan hampir dilanggar oleh kereta berkenaan yang sedang dipandu pada lorong paling kiri jalan tersebut.  Lalu, lelaki itu melangkah ke tepi jalan sewaktu kereta itu memperlahankan halaju dan kemudiannya membunyikan hon.

Walaubagaiamanapun, apa yang berlaku selepas itu adalah agak kasar apabila kereta itu terpaksa berhenti mengejut kerana berhadapan dengan dua lelaki muda yang berdiri betul-betul di laluan itu.  Kedua-dua lelaki itu nyata berdegil dan tidak mahu memberikan laluan kepada kereta itu.

Pemandu kereta itu memasang lampu tinggi sebagai isyarat kepada kedua-dua lelaki itu agar pergi ke tepi jalan, namun tidak berhasil apabila mereka tetap tidak berganjak.

Salah seorang daripada lelaki itu bertindak lebih kasar apabila menghentam hud kereta itu sebanyak tiga kali.  Lelaki yang berpakaian baju pejabat itu kemudiannya ditenangkan oleh rakannya yang berpakaian lebih kasual sambil membawanya ke tepi untuk meredakan ketegangan.

Video tersebut telah dimuatnaik oleh Norman Lee di laman Facebook Beh Chia Lor – Singapore Road.

Jom tonton video penuh di sini:

 

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …