Home / Isu Semasa / Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini
Imej oleh Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) / Facebook

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 yang mengabadikan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kwan Yew (LKY).  Buku itu mengandungi sebuah cerita teladan pendek dengan tajuk “Petani Yang Agung” yang menerangkan bagaimana mendiang PM Lee menanam pohon Geronggang Derum Seluncor (Cratoxylum cochinchinense) Holland Village sejak bertahun-tahun lalu dan bagaimana beliau terus menanam sepohon pokok setiap tahun di pulau itu.

Buku itu menulis, “Dan kini, pulau kecil itu telah berubah wajah menjadi sebuah taman yang besar, dengan bunga berkembang mekar dan pokok-pokok tinggi di sana-sini.  Kami hidup di dalam negara pulau yang indah ini, kami sayangkannya, kami berterima kasih kepada Pekebun Agung kami, Perdana Menteri pertama Encik Lee Kuan Yew!”

Sekolah-sekolah tempatan telah mengajar para pelajar mereka untuk mengagumi LKY, selalunya sehingga ke tahap memuja lebih-lebih lagi selepas pemergiannya dimana para pelajar disuruh untuk berbaris dan tunduk pada potrait mendiang.

Admin kepada laman Facebook itu turut mengulas kepada siaran tersebut dimana jika mereka mempunyai anak-anak, mereka lebih suka untuk mengajar anak-anak mereka bahawa bukan Encik Lee seorang sahaja yang berbakti dalam membangunkan negara ini.

Dia turut menambah bahawa LKY telah mengingatkan kepada rakyat sebelum ini bahawa mendiang tidak mahu dipuja-puja, sesuatu yang ditekankan oleh anak perempuannya Dr Lee Weiling semasa majlis peringatan setahun pemergian mendiang.  Beliau berkata, mendiang ayahnya ‘tidak suka dipuja sebagai wira’ seperti yang berlaku sekarang.

 

Check Also

Rakaman video lelaki berdiri di tepi jalan Clarke Quay yang menghentam hud kereta sebanyak 3 kali hanya kerana enggan beri laluan kepada kereta

Apabila anda sebagai pejalan kaki sedang cuba untuk melintasi jalan ataupun ingin mendapatkan teksi, apakah …