Home / Malaysia / Berlian yang dibeli menggunakan wang curi dari 1MDB akan diserahkan kepada AS

Berlian yang dibeli menggunakan wang curi dari 1MDB akan diserahkan kepada AS

Barang kemas berlian bernilai $1.7 juta, yang didakwa dibeli oleh pembiaya dari Malaysia untuk ibunya menggunakan wang yang dicuri dari dana kontroversi milik 1MDB, akan diserahkan kepada kerajaan AS, seperti laporan yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Berbilion dolar didakwa telah dicuri daripada dana berdaulat rakyat Malaysia oleh bekas pemerintah yang digulingkan, Najib Razak serta kroni-kroninya, yang menjolikan wang itu untuk membeli belah hartanah mewah serta karya seni.

Pembiaya Jho Low didakwa memainkan peranan utama dalam penipuan ini dan telah didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat.  AS kini sedang berusaha dengan membuat tuntutan sivil untuk mengambil semula aset-aset yang kononnya dibeli menggunakan dana tersebut.

Antara aset-aset tersebut adalah sepasang subang berlian dan sebentuk cincin berlian yang didakwa Low dibeli untuk ibunya, Goh Gaik Ewe menggunakan wang berjumlah $1.7 juta yang diambil dari 1MDB.  Low mengupah pakar barang kemas terhebat daripada Amerika untuk menghasilkan perhiasan itu.

Pada pemfailan kes di mahkamah pada minggu ini, pendakwa raya AS mengatakan bahawa penjaga set tersebut telah mencapai persetujuan untuk menyerahkan barangan kemas tersebut, lapor Bloomberg News, yang memetik bahawa dokumen-dokumen itu difailkan di mahkamah di California.

Laporan itu menyebut, penyerahan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai pengakuan melakukan kesalahan ataupun liabiliti.  Pemfailan itu tidak pula menyebut siapa yang menjadi penjaga barangan itu.  Ibu Low dilaporkan sedang menetap di Thailand.

Jurucakap kepada Low berkata bahawa, Low “merasa sukacita apabila mengetahui bahawa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan semua pihak-pihak yang relevan sedang berkerja keras untuk menyelesaikan perkara ini”.

Lokasi terkini Low, yang mempunyai reputasi sebagai playboy kaya raya, masih tidak diketahui.

Skandal 1MDB telah memainkan peranan terbesar sebagai punca kekalahan parti gabungan Najib dalam pilihanraya tahun lalu.  Parti tersebut telah menjadi parti pemerintah sejak kemerdekaan daripada Britain pada 1957.

Sejak itu, Najib telah pun didakwa atas tuduhan penipuan dan telah menjalani perbicaraan pada bulan lepas. – AFP

 

Check Also

Pihak Polis Diraja Malaysia terus menerima laporan daripada penduduk Pengerang berkenaan letupan di pusat pembangunan petrokimia RAPID

Sebanyak 84 buah laporan diterima oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada penduduk Pengerang di …