Home / Isu Semasa / Netizen mengamuk kerana Polis hanya memberikan amaran bersyarat kepada penuntut NUS yang berulang kali merakam kanak-kanak dalam tandas, hukuman longgar kepada pesalah turut dipersoalkan

Netizen mengamuk kerana Polis hanya memberikan amaran bersyarat kepada penuntut NUS yang berulang kali merakam kanak-kanak dalam tandas, hukuman longgar kepada pesalah turut dipersoalkan

Berikutan kes gangguan seksual berprofil tinggi yang melibatkan pesalah Nicholas Lim Jun Kai yang hanya dihukum amaran bersyarat bagi tempoh 12 bulan serta diarahkan untuk menulis surat memohon maaf kepada mangsanya, Monica Baey – rakan penuntut sarjana muda di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) – yang dirakam pada tahun lepas semasa sedang mandi di bilik mandi yang terletak di dewan kediaman pelajar, sebuah senarai kes-kes salah laku seksual bagi tahun 2016 sehingga 2018 yang direkod oleh Lembaga Disiplin NUS telah dikeluarkan secara atas talian untuk tontotan umum.

Walaupun kebanyakkan kes-kes itu melibatkan kesalahan mencabul kehormatan, termasuklah pecah masuk ke bilik-bilik pelajar-pelajar wanita dan merakam pelajar wanita yang sedang mandi seperti yang berlaku pada kes Cik Baey, terdapat juga kes-kes pelajar lelaki dirakam semasa mandi dan video tersebut dimuatnaik ke laman pornografi.

Namun terdapat satu kes yang menarik perhatian yang melibatkan seorang pelajar sarjana muda NUS yang telah melakukan kesalahan merakam kanak-kanak semasa mereka berada di dalam tandas.

Pelajar tersebut hanya dikenakan hukuman amaran  bersyarat selama 24 bulan dan bukannya didakwa oleh pihak berkuasa.

Pada dokumen tersebut menjelaskan bahawa pelajar sarjana muda itu telah “beberapa kali memasuki tandas kanak-kanak dan merakam kanak-kanak yang berada dalam kubikel tandas” dalam tempoh dari 2015 sehingga 2016.

Akibatnya, dia telah dikenakan digantung pengajian di Universiti selama dua semester termasuk perlu menghadiri sesi kaunseling mandatori dan menjalani penilaian psikologi, didenda S$1,000, serta dikenakan teguran rasmi – kesemua ini termasuklah amaran bersyarat.

Peguam Cheryl Ng dari Intelleigen Legal telah memberitahu kepada CNA: Kamar Peguam Negara (AGC) biasanya mengambil pendirian tegas jika terdapat mangsa dari kalangan kanak-kanak yang terlibat dalam kes-kes sebegini. Namun begitu, hanya satu faktor yang akan menentukan samada AGC akan mendakwa atau tidak pesalah itu iaitu kekuatan bukti.

“Jika tidak terdapat sebarang bukti, maka adalah susah untuk mendakwa si tertuduh. Oleh sebab itu, AGC mahupun pihak polis akan memilih untuk memberi amaran sahaja,” tambahnya.

Pengerusi Pusat Jagaan Serangan Seksual AWARE, Anisha Joseph memberitahu kepada CNA: “Mungkin ada yang berpendapat bahawa merakam kanak-kanak di dalam bilik air, memandangkan ianya bukanlah satu bentuk keganasan fizikal, bukanlah satu bentuk penderaan atau mungkin satu bentuk penderaan yang ringan.

“Walaubagaimanapun, tanpa perlu meneliti apa yang si pelaku akan lakukan terhadap rakaman itu, perbuatan merakam seseorang tanpa kebenaran atau pengetahuan merupakan pelanggaran privasi dan kehormatan yang jelas,” katanya.

“Ini merupakan tanggungjawab institusi terbabit untuk menggunakan pendekatan sifar toleransi melalui polisi dan prosedur yang tegas beserta latihan, terhadap sebarang kesalahan seksual di premis masing-masing.”

Cik Joseph menambah lagi: “Kami berharap individu-individu mampu melindungi diri sendiri serta anak-anak mereka dari perkara yang tidak diingin, tetapi kami lebih mengharapkan agar institusi-institusi untuk menjaga keselamatan komuniti-komuniti mereka.”

Walaubagaimanapun, peguam Gloria-James Civetta dari Gloria James-Civetta & Co berpendapat berlainan.  Dia berkata, NUS mempunyai “hak untuk mendisiplin atau merujuk kes itu kepada pihak polis”, kerana kesalahan itu terjadi di dalam kawasannya.

Dia turut menambah bahawa, keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin itu “setimpal dengan kesalahan”, memandangkan pelaku sendiri merupakan seorang pelajar dan tidak menyebarkan video tersebut.

Cik James-Civetta berkata, pelajar itu boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Perfileman atau Akta Kanak-kanak dan Orang Muda.

Peguam Che Wei Chin dari Covenant Chamber pula memberitahu kepada CNA bahawa walaupun AGC berhak untuk mengarahkan polis untuk memberikan amaran bersyarat kepada pesalah atas alasan kes tersebut adalah kes terpencil dan pesalah mungkin tidak akan mengulangi kesalahan yang sama, namun jika pelaku itu “berulangkali dan dalam tempoh masa berbeza-beza” merakam kanak-kanak, setiap perbuatan merakam itu adalah dikira sebagai satu sabitan kesalahan, maka, pelaku itu secara teknikalnya akan disabitkan dengan beberapa pertuduhan sekaligus.

Ramai netizen meluahkan kemarahan mereka terhadap hukuman yang diberikan kepada pelajar sarjana muda NUS yang dirasakan terlalu ringan berbanding kesalahan yang dilakukan oleh pelaku iaitu merakam kanak-kanak di dalam tandas memandangkan kanak-kanak – seperti yang disebut oleh Encik Che – “mangsa mudah” untuk jenayah sebegitu berbanding orang dewasa.

Beberapa netizen juga turut mengkritik kegagalan pihak berkuasa serta pentadbiran NUS untuk menangani kes-kes membabitkan salahlaku seksual dengan wajar dan setimpal.  Mereka juga berasa risau seandainya kegagalan sebegitu boleh membawa kepada penambahan kes-kes serupa di masa depan akibat daripada tidak wujud halangan yang secukupnya untuk menghalang penjenayah yang dikenali:

Seorang pengulas secara khususnya telah dikritik kerana memetik kepada beberapa kes spesifik membabitkan kesalahan seksual di NUS, dan telah ditegur kerana tidak memahami mesej tersirat di sebalik pendedahan kes-kes ini iaitu membongkar keseriusan kesalahan-kesalahan ini dan hukuman ringan daripada pihak berkuasa:

 

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Danisha Hakeem dan disiarkan the The Online Citizen pada 30 April 2019.

Check Also

Netizen langsung tidak kagum dengan taman diatas bumbung bas awam di Singapura

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengkaji kemungkinan penjimatan tenaga dan kos oleh pengusaha-pengusaha bas, 10 …