Home / Isu Semasa / Misteri “bunyi kuat” yang kedengaran sekitar Singapura, polis tidak pasti dari mana puncanya

Misteri “bunyi kuat” yang kedengaran sekitar Singapura, polis tidak pasti dari mana puncanya

Pada pagi Sabtu (27 April), terdapat laporan tentang sebuah “bunyi kuat” yang kedengaran sekitar jam 11.30 pagi di beberapa kawasan berlainan sekitar Singapura termasuk Orchard dan Bukit Timah.

Berikutan daripada itu, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengatakan bahawa mereka “sedang dalam usaha untuk mengenalpasti punca bunyi-bunyi kuat itu”.

Namun, beberapa jam selepas itu, SPF telah menulis sebuah pengumuman di Facebook yang memberitahu bahawa bunyi kuat itu mungkin berkait dengan “aktiviti-aktiviti letupan terancang” di pulau-pulau Selatan yang dilakukan oleh Pasukan Bersenjata Singapura (SAF).

“Pihak polis telah mendapatkan kepastian daripada MINDEF (Kementerian Pertahanan) yang mengesahkan bahawa bunyi-bunyi kuat yang kedengaran pada pagi itu mungkin berpunca daripada aktiviti-aktiviti letupan terancang yang dilakukan oleh SAF.  Aktiviti itu dijalankan di Pulau-pulau Selatan yang bermula pada jam 11.45 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.  Orang awam dinasihatkan untuk tidak berasa cemas,” kata SPF.

Selepas menerima laporan pertama tentang bunyi letupan yang kedengaran, pihak polis dilihat “melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dan tidak menemui apa-apa yang mencurigakan”.  Mereka turut melaporkan tidak menerima laporan kecederaan dan penemuan perkara pelik”.

Ramai netizen mendedahkan bahawa pada awalnya mereka berfikir yang letupan itu adalah bunyi guruh, dan ianya kedengaran di beberapa kawasan antaranya Kallang, Queenstown, Balestier dan beberapa kawasan lain lagi.  Ada juga yang memberitahu bahawa bunyi kuat itu turut mendatangkan gegaran sehingga menggegarkan pintu dan tingkap.

Selain daripada itu, seorang pengguna Facebook, Matt Henderson turut berkongsi rakaman bunyi kuat itu yang kedengaran dari Holland Village.

Namun begitu, melihat kepada kenyataan SPF di Facebook, ianya kelihatan sedikit pelik apabila mereka tidak dapat memberikan kepastian penuh tentang bunyi letupan yang kedengaran itu ternyata terhasil daripada aktiviti-aktiviti letupan terancang oleh SAF.

Ini adalah kerana, MINDEF sudah pastinya tahu tentang masa yang tepat untuk letupan dilakukan.  Oleh itu, dengan hanya memadankan waktu-waktu letupan dilakukan dengan bunyi letupan yang didengari oleh oleh awam, dengan mudahnya SPF mengenalpasti punca “bunyi kuat” itu.

Tetapi, apabila SPF hanya mengandaikan bahawa bunyi tersebut berpunca daripada aktiviti oleh MINDEF, maka orang awam merasakan ianya tidaklah menyakinkan.

Berkenaan rakaman bunyi yang dimuatnaik oleh netizen pula, ianya turut membangkitkan satu lagi persoalan mengapa tiada langsung rakaman bunyi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan memandangkan terdapat banyak kamera pengawasan sekitar negara?

Jika terdapat alat-alat perakam diletakkan di setiap tempat di negara ini, maka tidaklah susah untuk mengenalpasti dari mana bunyi itu datang.  Contohnya, jika alat perakam telah merakam bunyi letupan pertama di sesuatu kawasan dan jika di kawasan itu nyata terdapat aktiviti oleh SAF, maka ianya selamat untuk membuat kesimpulan bahawa bunyi kuat itu datang daripada latihan yang dijalankan oleh SAF.

Walaubagaimanapun dalam senario ini, tiada rakaman yang dirakam oleh alat pengawasan milik Kerajaan, dicampur pula dengan kenyataan kurang meyakinkan oleh pihak polis, ini membawa kita kepada satu persoalan paling penting – adakah aktiviti letupan terancang yang dijalankan oleh SAF benar-benar punca disebalik bunyi kuat yang kedengaran di seluruh Singapura?

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel oleh Kiara Xavier yang disiarkan di The Online Citizen pada 29 April 2019. 

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …