Home / Pengangkutan / Seorang demi seorang meninggalkan SMRT Corp sejak 8 bulan lalu, paling ramai adalah daripada HR

Seorang demi seorang meninggalkan SMRT Corp sejak 8 bulan lalu, paling ramai adalah daripada HR

Sejak lapan bulan yang lalu, syarikat pengangkutan gergasi Singapura, SMRT Corp terpaksa menghadapi situasi dimana satu demi satu pekerja memilih untuk berhenti dari bekerja dengan syarikat itu walaupun terdapat kemajuan dalam perkhidmatan rel, lapor The Straits Times (ST).

ST mengatakan bahawa sejumlah 30 eksekutif di SMRT yang berkhidmat untuk Jabatan Sumber Manusia (HR) telah meletakkan jawatan dalam masa lapan bulan lalu.

Gelombang perletakan jawatan ini dilaporkan mula berlaku selepas perletakan jawatan Gerard Koh daripada menjadi Ketua Pegawai Korporat di SMRT Corp pada Ogos tahun lepas.

Semasa di SMRT, Encik Koh bertanggungjawab kepada jabatan teknologi maklumat, sumber manusia dan latihan, kini beliau memegang jawatan sebagai Ketua Sumber Manusia di NCS yang merupakan kumpulan syarikat teknologi maklumat.

Bekas Kolonel Pasukan Bersenjata Singapura, Lee Yem Choo juga telah meletakkan jawatan hanya selepas setahun memegang jawatan sebagai Ketua di Jabatan Sumber Manusia bagi SMRT Divisyen Aliran Thomson-Pantai Timur.

David Leong, Pengarah Pengurusan di Firma Sumber Manusia, PeopleWorldwide Consulting memberitahu kepada ST bahawa Jabatan Sumber Manusia SMRT “mungkin sedang mengadakan… transformasi dan penyelarasan perniagaan… yang serius… jadi mereka yang berasa tidak mampu mengikuti perubahan akan meletakkan jawatan”.

Tambahnya lagi, gelombang perletakan jawatan ini, “merujuk kepada isu teras berkaitan pekerja dengan pengurusan baru”, yang mana boleh dikatakan berpunca daripada “pelarasan dalam gaya pengurusan, jangkaan dan pencapaian”.

Pengurusan baru haruslah memainkan peranan dan bersama-sama mengenggam teras untuk mengurangkan kadar pemberhentian pekerja sambil mengemudi untuk menstabilkan syarikat dalam mengubah haluan,” tambah Encik Leong.

Bukan setakat Jabatan Sumber Manusia sahaja yang dilihat ditinggalkan oleh para eksekutif dan kakitangan kanan, jurutera-jurutera kanan dan pegawai-pegawai di komunikasi korporat juga telah memutuskan untuk meninggalkan SMRT.

Chia Chun Wah yang memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Jabatan Penyelenggaraan dan Kejuruteraan serta Elaine Koh iaitu Ketua Pegawai Pengurusan Komuter merupakan antara kakitangan peringkat tinggi yang telah berhenti berkhidmat dengan SMRT.

Seorang jurucakap kepada SMRT telah mengatakan kepada ST: “Memandangkan kami sedang memperkukuhkan organisasi secara berterusan untuk meningkatkan prestasi tren dan kebolehpercayaannya, kami telah menyelaraskan dan mengambil semula pengurusan sumber manusia daripada ibu pejabat korporat.”

Artikel versi terdahulu telah disiarkan oleh ST pada minggu lalu, namun telah ditarik balik tidak lama selepas kemudian.

Pada masa ini, SMRT dikepalai oleh bekas general tentera, Neo Kian Hong yang menjawat kerusi Ketua Pegawai Eksekutif.

Encik Neo, yang telah menyertai kumpulan pengangkutan pada Ogos tahun lepas, bagi menggantikan Desmond Kuek, juga bekas general yang telah memberikan surat perletakan jawatan pada awal tahun lalu.

Tempoh perkhidmatan Encik Kuek selama enam tahun berakhir disebabkan oleh kenaikan kadar kerosakan tren, termasuk kejadian-kejadian kontroversi seperti kemalangan berdekatan Stesen MRT Pasir Ris pada tahun 2016 yang mengorbankan dua orang pekerja SMRT, perlanggaran tren di Stesen MRT Joo Koon yang membawa kecederaan seramai 38 orang, dan banjir pada terowong di Stesen MRT Bishan yang telah menyebabkan gangguan perkhidmatan tren selama 20 jam.

Pada masa ini, Encik Kuek memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi bagi pengurusan kekayaan global di kumpulan perbankan Swiss, UBS.

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Danisha Hakeem dan disiarkan di The Online Citizen pada 29 April 2019. 

Check Also

Singapura mengatakan tidak menerima maklumat dari Malaysia berkenaan pembangunan pusat pemindahan antara kapal di Selat Johor

Kerajaan Singapura tidak menerima sebarang maklumat komunikasi dari Malaysia mengenai pembangunan hub pemindahan kapal ke …