Home / Isu Semasa / Pelajar NUS tulis surat terbuka kepada kepimpinan universiti selepas kecewa dengan sesi perhimpunan mengenai gangguan seksual

Pelajar NUS tulis surat terbuka kepada kepimpinan universiti selepas kecewa dengan sesi perhimpunan mengenai gangguan seksual

Berikutan kekecewaan semasa perhimpunan diantara para pelajar dengan Pentadbiran Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang sepatutnya menjadi ruang dialog terbuka berkenaan gangguan seksual, lebih daripada 300 orang pelajar NUS dan sepuluh lagi dari universiti lain telah menulis surat yang ditujukan kepada Presiden, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah dan Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Semula Kesalahan Seksual untuk meluahkan kekecewaan mereka.

Para pelajar tersebut nyata merasa kecewa dengan ahli-ahli Jawatankuasa Penilaian Semula yang telah gagal untuk hadir ke sesi perhimpunan, akauntabiliti yang rendah daripada pihak Pentadbiran, kurang ketelusan berkenaan proses penilaian semula, serta kurangnya pengetahuan dan pemahaman daripada pentadbir kanan berkenaan kehidupan pelajar.

Melalui surat itu, para pelajar menggesa NUS untuk ‘membina perhubungan yang lebih  konsultatif dan kolaboratif’ diantara Pentadbiran dan para pelajar.

Mereka juga memberitahu tentang emel daripada Provost selepas sesi perhimpunan tersebut yang menjanjikan lebih banyak sesi perjumpaan bersama ahli-ahli jawatankuasa penilaian semula dalam minggu-minggu akan datang.

(Terjemahan)Isi penuh surat ini:

Kepada Prof Tan Eng Chye, Presiden

sk: Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah NUS, Encik Hsieh Fu Hua; Ketua Jawatankuasa Penilaian Semula Kesalahan Seksual, Puan Kay Kuok; Timbalan Kanan Presiden & Provost NUS, Prof Ho Teck Hua

Sebagai pelajar NUS yang mengambil berat, kami sangat kecewa dengan sesi Perhimpunan pada 25 April 2019 bersama Timbalan Provost (Kehidupan Pelajar) Prof Florence Ling, Dekan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (OSA) Prof Madya Peter Pang dan Cik Celestine Chua daripada Perkhidmatan Kaunseling Universiti.

Walaupun ianya adalah sesuatu yang positif apabila melihat kepimpinan universiti berusaha untuk menjadikan NUS sebuah komuniti yang lebih selamat, kami terganggu dengan tiga isu-isu yang timbul semasa Perhimpunan itu:

1. Ketidakhadiran ahli-ahli terawal Jawatankuasa Penilaian Semula Jenayah Seksual;

2. Kurangnya akautabiliti daripada pihak Pentadbiran, serta ketelusan berhubung dengan proses penilaian semula;

3. Pihak Pentadbir Kanan yang kurang pengetahuan tentang kehidupan pelajar.

1. Ketidakhadiran ahli-ahli terawal Jawatankuasa Penilaian Semula Jenayah Seksual.

Ianya adalah sangat mengecewakan pelajar apabila respon yang diterima adalah samada maklumbalas akan diserahkan kepada Jawatankuasa Penilaian Semula, ataupun memberikan pendapat dan cadangan kami melalui emel kepada alamat emel yang diberikan ([email protected]).

Memandangkan Timbalan Provost, Prof Ling dan Dekan OSA, Pang berulang kali menekankan betapa pentingnya peranan Jawatankuasa Penilaian Semula, ianya adalah satu masalah apabila tiada satupun ahli terawal yang hadir semasa Perhimpunan itu untuk mendengar dan memberikan penyelesaian kepada cadangan dan kebimbangan pelajar.

Oleh kerana ketidakhadiran ahli-ahli Jawatankuasa Penilaian Semula serta keengganan panel-panel untuk memberikan jaminan secara langsung terhadap cadangan-cadangan kami, para pelajar telah meluahkan rasa tidak yakin mereka bahawa cadangan-cadangan yang akan dibincangkan bersama panel-panel ataupun melalui emel akan diambil perhatian serius.  Ini menimbulkan persoalan dikalangan para pelajar samada Perhimpunan ini diadakan sekadar untuk memulihkan imej awam universiti ini.

Untuk membuktikan bahawa NUS benar-benar serius dan ikhlas untuk bekerjasama bersama para pelajar untuk menyelesaikan isu ini, kami menggesa agar sebuah lagi Perhimpunan bersama-sama ahli-ahli terawal Jawatankuasa Penilaian Semula diadakan sebelum penghujung semester ini untuk menyelesaikan kebimbangan-kebimbangan pelajar yang masih lagi tidak diselesaikan.  Kebimbangan-kebimbangan ini adalah seperti yang disenaraikan dibawah.  Ini adalah tambahan kepada Perhimpunan yang telah dijadualkan selepas laporan Jawatankuasa Penilaian Semula dikeluarkan.

2. Kurangnya akauntabiliti dari pihak Pentadbiran, dan ketelusan tentang proses penilaian semula.

Isu akauntabiliti pada Pentadbiran NUS tidak dibincangkan dengan secukupnya walaupun telah diusulkan oleh ramai pelajar semasa sesi Perhimpunan.  Tiada langkah ataupun tindakan susulan yang boleh digunakan oleh badan pelajar untuk mempertanggungjawabkan Pentadbiran kepada janji-janjinya.

Seorang pelajar menekankan bahawa, sebelum ini Pejabat Provost NUS telah melaporkan bahawa mereka “sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah kursus untuk semua pelajar NUS…tentang kehormatan dan persetujuan seksual, menghormati kepelbagaian…” selepas kecaman orang awam terhadap aktiviti-aktiviti orientasi berunsur seksual pada 2016.  Walaubagaimanapun, ianya tidak pernah dilaksanakan dan kini memerlukan satu lagi kontroversi untuk pihak universiti memandang semula perlaksanaan kursus ini.

Seterusnya, masih terdapat kurangnya ketelusan tentang proses penilaian semula itu.  Ianya masih tidak jelas tentang siapakah yang akan dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Penilaian Semula itu, mengapa dan bagaimanakah mereka dipilih, bilakah Jawatankuasa Penilaian Semula akan memulakan dan menyiapkan proses penilaian, dan bagaimana pula cadangan-cadangan oleh Jawatankuasa itu akan dilaksanakan.

Kami amat bimbang tentang langkah-langkah yang tidak mencukupi untuk memastikan kebertanggungjawaban Pentadbiran universiti semasa dan selepas proses penilaian semula.  Untuk menyelesaikan perkara ini, kami mengusulkan cadangan-cadangan ini untuk diambilkira oleh Presiden Prof Tan:

1) Menjelaskan proses pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Penilaian Semula;

2) Menambah jumlah wakil pelajar dalam Jawatankuasa Penilaian Semula, terutamanya wakil-wakil dari kalangan mereka yang pernah menjadi mangsa jenayah seksual serta minoriti seksual;

3) Memberi komitmen kepada satu garis masa yang akan diberitahu kepada semua ahli komuniti NUS;

4) Memberikan kemaskini kepada komuniti NUS pada masa yang tetap dan tepat melalui emel dan juga Perjumpaan tentang perkara berikut:

a) progres tentang penilaian semula oleh Jawatankuasa Penilaian Semula;
b) progres perlaksanaan cadangan-cadangan yang dihasilkan; dan
c) setiap minit bagi mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Penilaian Semula.

3. Pihak Pentadbir Kanan yang kurang pengetahuan tentang kehidupan pelajar.

Perhimpunan umum tersebut telah mendedahkan jurang pengetahuan dikalangan Pentadbir Kanan tentang kebimbangan serta pengalaman-pengalaman pelajar.

Semasa Perhimpunan itu, Timbalan Provost Prof Ling dan Dekan OSA Prof Madya Pang telah meluahkan bahawa mereka “tidak senang duduk” apabila mendengar testimoni-testimoni mangsa-mangsa kesalahan seksual yang telah dikecewakan oleh pihak universiti. Memandangkan kedua-dua pentadbir kanan tersebut bertanggungjawab secara langsung terhadap kehidupan para pelajar, ianya adalah suatu perkara yang mengejutkan apabila Perhimpunan ini adalah kali pertama mereka mendengar tentang kelemahan-kelemahan polisi universiti apabila menangani salah laku seksual.

Dalam menangani isu-isu ini, kami menggesa pentadbir-pentadbir kanan untuk mengambil langkah proaktif dalam bekerjasama dengan para pelajar dan mengumpul maklumbalas daripada mereka.  Ini termasuklah penglibatan secara berterusan para pelajar, saluran maklumbalas yang lebih kukuh dan menunjukkan kesudian untuk menjadi pendengar kepada permasalahan pelajar.  Ini akan membina semula kepercayaan diantara badan pelajar dengan Pentadbiran NUS, yang dihargai dengan ikhlas oleh Pentadbiran dan ingin bekerjasama dengan para pelajar untuk menjadikan NUS sebagai sebuah komuniti yang selamat untuk semua.

Sebagai penutup, kami menggesa NUS untuk mengambil peluang ini untuk membina sebuah hubungan yang lebih konsultatif dan kolaboratif diantara pihak Pentadbiran bersama para pelajar.  Jika gagal, kurangnya penglibatan dengan badan pelajar seperti sekarang hanya akan semakin berakar umbi dan menunggu masa sehingga satu lagi kemarahan orang awam meletus akibat isu kehidupan pelajar yang lain pula.

Terima kasih kerana meluangkan masa.  Kami menghargai usaha anda dalam menjadikan NUS sebuah komuniti yang lebih selamat, juga mengharapkan langkah-langkah konkrit yang diambil oleh pihak Universiti untuk menangani kebimbangan kami.

Yang benar,

Pelajar-pelajar yang Mengambil Berat

Surat Asal:

Dear President Prof Tan Eng Chye,

cc: Chairman, NUS Board of Trustees Mr Hsieh Fu Hua; Chair, Review Committee on Sexual Misconduct, Mdm Kay Kuok; NUS Senior Deputy President & Provost Prof Ho Teck Hua

As concerned NUS students, we regret the unsatisfactory Town Hall held on 25 April 2019 with Vice Provost (Student Life) Prof Florence Ling, Dean of Office of Students Affairs (OSA) Associate Prof Peter Pang and Ms Celestine Chua from the University Counselling Services.

While it was encouraging to see the university leadership commit to making NUS a safer community, we are troubled by three issues which surfaced during the Town Hall:

1. The absence of initial members of the Review Committee of Sexual Conduct;
2. The lack of accountability on the part of the administration, and transparency regarding the review process;
3. The senior administration’s lack of knowledge about student life.

1. The absence of initial members of the Review Committee of Sexual Conduct It was disappointing that the main response which students received was either that the feedback will be directed to the Review Committee, or to email our views and recommendations to the given email address ([email protected]).

Given that Vice Provost Prof Ling and Dean OSA Pang repeatedly emphasised the important role of the Review Committee, it was troubling that none of the initial members were present during the Town Hall to listen to and address students’ concerns and recommendations.

In the absence of the Review Committee members and the panellists’ reluctance to provide direct assurance in response to our recommendations, students have expressed a lack of confidence that their recommendations would be communicated via the panel or through email will be taken seriously. This raised the question among some students as to whether the Town Hall was merely an exercise in rehabilitating the university’s public image.

To demonstrate that NUS is serious and sincere about working with students to address this issue, we urge that another Town Hall be convened with the initial members of the Review Committee before the end of the semester to address the many student concerns that remain unaddressed. These concerns are highlighted below. This is in addition to the already scheduled Town Hall after the Review Committee report is released.

2. The lack of accountability on the part of the administration, and transparency about the review process

The issue of accountability on the part of the NUS Administration was not adequately addressed, although it was raised by many students during the Town Hall. There remains no measure or follow-up action for the student body to hold the Administration accountable to its promises.

As one student highlighted, the NUS Office of the Provost had previously reported that it was “working to develop a course for all NUS students on… sexual respect and consent, respect for diversity…” after public uproar over sexualised orientation activities in 2016. However, this has not been implemented and it has taken another national controversy for the university to revisit the implementation of this course.

Further, there remains a lack of transparency about the review process. It is unclear who will be included in the Review Committee, why and how they were selected, when the Review Committee will begin and complete the review process, and how the recommendations of the Review Committee will be implemented.

We are concerned that there are insufficient measures for students to hold our university administrators accountable during and after the review process. To address this, we propose the following recommendations that President Prof Tan should adopt:

1) Clarify the process by which members of the Review Committee are selected;
2) Increase the number of student representatives on the Review Committee, in particular, representatives who are survivors of sexual assault and sexual minorities;
3) Commit to a timeline made publicly known to all members of the NUS community;
4) Provide regular and timely updates to the NUS community through both emails and Town Halls on:

a) the progress of the Review Committee’s review process;
b) the progress of the implementation of its recommendations; and
c) the minutes of every meeting convened by the Review Committee.

3. The senior administration’s lack of knowledge about student life The Town Hall revealed a clear knowledge gap on the part of the senior administrators about the concerns and experiences of students.

During the Town Hall, Vice Provost Prof Ling and Dean OSA Assoc Prof Pang expressed that they were “disturbed” by the testimonies of survivors of sexual misconduct who have been failed by our university. Given that both senior administrators are directly responsible for student life, it was shocking that this Town Hall was the first time they seemed to have heard about the serious shortcomings of the university’s sexual misconduct policies.

To address these issues, we urge the senior administrators take a more proactive approach in engaging with students and collecting student feedback. This may include regular student engagements, stronger feedback channels and a demonstrated willingness to listen to students. This will rebuild trust between the student body and NUS Administration, that the Administration sincerely values and wants to work with its students to make NUS a safer community for everyone.

In closing, we urge NUS to take this opportunity to build a more consultative and collaborative relationship between the Administration and its students. Failing which, the hitherto lack of engagement with the student body will only become more entrenched and it will only be a matter of time before yet another public uproar erupts over another student life issue.

Thank you for your time. We value your work in making NUS a safer community, and look forward to concrete steps taken by the University to address our concerns.

Yours Sincerely,

Concerned Students

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Kathleen.F dan disiarkan oleh The Online Citizen pada 29 April 2019. 

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …