Home / Isu Semasa / ST tersilap guna foto pekerja domestik dari Myanmar sebagai suspek kes bunuh majikan

ST tersilap guna foto pekerja domestik dari Myanmar sebagai suspek kes bunuh majikan

Seorang netizen sangat terkejut apabila melihat gambar bekas pembantu rumahnya dari Myanmar disiarkan di The Straits Times (ST) pada Rabu (24 April) untuk sebuah artikel bertajuk “Homesick maid on trial for murder of employer”.

Clarence Tan Junming mendedahkan penemuan ini pada laman Facebooknya dan mengatakan bahawa suratkhabar itu menggunakan gambar bekas orang gajinya, yang kini sudah pulang ke Myanmar, sebagai wajah orang gaji Indonesia yang dituduh dan sedang dibicarakan di mahkamah atas kerana membunuh majikannya.

Namun pada artikelnya, ST menulis, seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dikenali sebagai Daryati kini sedang dalam perbicaraan kerana membunuh majikannya, Puan Seow dengan cara mengelar leher dan menikamnya beberapa kali pada tahun 2016.

Apabila menemui gambar pembantu rumahnya terpampang di akhbar, Encik Clarence mempersoalkan, “Seriuslah, siapakah yang mengedit dan memilih gambar-gambar ini dan bagaimanakah tapisan dilakukan sebelum artikel ini disiarkan?”

Dia berkata bahawa gambar pembantu rumahnya yang mengenakan kemeja-T berwarna kelabu itu diambil selepas anak ketiganya dilahirkan.  Dia turut menyertakan gambar wanita itu mengenakan pakaian yang sama sambil mendukung bayi.  Pada akhbar ST, gambar itu dikatakan diambil pada Mac 2018.

Perkara ini menjadi semakin menarik kerana tertuduh yang sebenar (Daryati) berada di dalam penjara pada 2018 atas kesalahan kejam yang dilakukan pada 1 Jun 2016.  Oleh itu, Encik Clarence bertanya secara menyindir, “Pembunuh?? Saya tidak tahu pula mereka benarkan dia untuk keluar”, sambil mengatakan bahawa tertuduh sebenar sepatutnya berada di penjara sambil menunggu perbicaraan.

Dia kemudiannya mengatakan bahawa pembantu rumahnya yang berasal dari Myanmar itu telah berhenti kerja pada 18 Mac 2018 dan selepas itu telah pulang ke kampung halamannya.

“Bercakap tentang berita palsu, saya tiada idea lagi apa yang boleh dipercayai. Saya tidak tahu dimana ataupun bagaimana gambar itu diambil, tetapi kamu boleh lihat kemeja-T itu secara kebetulannya sama.  Haruskah saya ketawa atau menangis?” tulisnya.

Encik Clarence turut mendedahkan yang dia telah menghubungi ST dan meminta agar gambar itu dikeluarkan.

Selepas TOC menghubungi Encik Clarence untuk mendapatkan pengesahan, dia mendedahkan bahawa pihak akhbar itu telah menghubunginya semula dan berkata bahawa mereka akan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dalam akhbarnya esok (hari ini).

Selain daripada itu, ST juga telah menurunkan semua gambar-gambar tersebut daripada laporan-laporan mereka, termasuklah yang telah diterbitkan pada 2016.  Gambar-gambar tersebut dikatakan daripada fail foto ST.

Selepas membaca perkongsian Encik Clarence, ramai netizen berkata bahawa ianya sesuatu yang tidak masuk akal bagi sebuah akhbar kebangsaan untuk melakukan kesilapan sebegitu dan mengesa Encik Clarence untuk menyaman akhbar itu.

Seorang lagi pengguna atas talian, Shamietra Rella mempersoalkan bagaimana ST mendapatkan foto tersebut dan bertanya jika Encik Clarence mengecam latar belakang foto itu, lalu dibalas oleh Encik Clarence bahawa gambar itu diambil dari rumah jirannya.

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Kiara Xavier dan disiarkan di The Online Citizen pada 25 April 2019. 

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …