Home / Undang-undang / Kes Mahkamah / Mahkamah Tinggi melanjutkan tempoh moratorium hutang Hyflux ke hujung Mei; Maybank keluarkan surat tuntut hutang berjumlah lebih S$509 juta
Gambar Loji Tenaga TuasSpring yang diambil dari laman web Hyflux.

Mahkamah Tinggi melanjutkan tempoh moratorium hutang Hyflux ke hujung Mei; Maybank keluarkan surat tuntut hutang berjumlah lebih S$509 juta

Mahkamah Tinggi Singapura telah melanjutkan moratorium hutang bagi firma rawatan air dan janakuasa, Hyflux, sehingga ke hujung bulan hadapan iaitu 24 Mei sementara syarikat itu mencari pelabur penyelamat baharu dalam usaha mengelakkan kemungkinan pembubaran syarikat.

Perlanjutan itu dianugerahkan keatas Hyflux hanya beberapa hari sebelum tarikh asal perlindungan mahkamah keatas Hylux daripada pemiutang-pemiutangnya luput pada Selasa depan (30 April).

Walaubagaimanapun, Hakim Aedit Abdullah menolak permohonan Hyflux untuk mendapatkan tempoh lanjutan selama tiga bulan semasa mendengar kes itu pada Khamis (25 April), dengan berkata bahawa, dibawah Seksyen 211B Akta Syarikat yang menyebut moratorium hutang “tidak bermaksud untuk diteruskan selama-lamanya” tetapi bermaksud untuk “memberi ruang kepada syarikat untuk bernafas”, lapor The Business Times. 

Walaubagaimanapun, CNA melaporkan bahawa tempoh tambahan lanjutan bagi moratorium hutang tersebut boleh dihujahkan pada 7 Mei ataupun 13 Mei.

Dalam pada itu, BT menyatakan bahawa, Hyflux telah menandatangani surat niat (LOI) tidak terikat bersama pemilik dan pemaju utiliti tenaga dan air dari Timur Tengah berikutan daripada pembatalan perjanjian bailout dengan SM Investment bernilai S$530 juta pada awal bulan yang lalu.

“Perbincangan bersama pihak ini adalah bersandarkan kepada kemungkinan bantuan sebanyak S$400 juta untuk digunakan bagi tujuan ekuiti dan modal kerja serta kemungkinan untuk pembiayaan interim utama,” kata Hyflux semasa pemfailan kepada Singapore Exchange (SGX) pada Khamis (25 April).

CNA melaporkan bahawa, semasa pemfailan di SGX, sekumpulan pemiutang tak bercagar yang terdiri daripada Mizuho Bank, KfW IPEX-Bank, Bangkok Bank, BNP Paribas, CTBC Bank dan juga Bank Pembangunan Korea telah memohon kepada Mahkamah Tinggi pada Rabu agar Hyflux dan Hydrochem diletakkan dibawah pengurusan kehakiman (JM).

Permohonan daripada bank-bank tersebut akan didengarkan pada 7 Mei, dan jika sekiranya permohonan itu diluluskan oleh mahkamah, sebuah perbicaraan JM bakal diadakan pada 13 Mei, menurut CNA.

Peguam yang mewakili Hyflux, Manoj Sandrasegara berhujah semasa perbicaraaan di Mahkamah Tinggi pada Khamis bahawa “permohonan JM itu hanyalah penyamaran untuk permohonan pembubaran, seperti kes-kes JM yang lain”, lapor BT.

Sementara itu, Malayan Banking Bhd ataupun Maybank telah membatalkan perjanjiannya untuk menjadi pemiutang bercagar terbesar kepada Hyflux dan kilang penyahgaraman Tuaspiring.

The Straits Times melaporkan Hyflux sebagai berkata pada Khamis bahawa, Tuaspring telah menerima sepucuk surat bertarikh 23 April daripada Maybank yang menuntut bayaran-bayaran “sudah lanjut tempoh dan perlu dibayar”, sebanyak S$509.1 juta.

Jumlah tersebut adalah seperti yang tertakluk di bawah kemudahan pinjaman berjangka, iaitu, perlindungan tunai sebanyak US$44.5 juta untuk liabiliti luar jangkaan, termasuk faedah lain dan kos-kos perundangan pada asas indemniti penuh”.

Selain daripada itu, Hyflux juga perlu membayar kepada Maybank anggaran sebanyak S$28.0 juta untuk “perjanjian lindung nilai”.

“Permintaan daripada Maybank, sama seperti pembatalan perjanjian kerjasama, dijangka memberi kesan material kepada prestasi kewangan kami,” kata Hyflux.

ST menyatakan bahawa Maybank telah memberi arahan kepada Tuaspring untuk tidak menjual, mengalih, memindahkan, ataupun melupuskan hartanya “yang dicajkan kepada debentur memandangkan caj terapung bagi harta berkenaan adalah jelas”.

Walaubagaimanapun, notis tersebut tidak menyatakan pengambilalihan kilang Tuaspring oleh Lembaga Utiliti Awam.

Laporan ini diterjemahkan daripada sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Danisha Hakeem dan disiarkan di The Online Citizen pada 26 April 2019. 

Check Also

Para pekerja seks menjalankan operasi melalui laman sesawang, kebanyakan merupakan wanita warganegara Singapura

Dua orang lelaki iaitu Ong Ah Huat dan Teo Sah Soon telah dijatuhi hukuman penjara …