Home / Kewangan / Perniagaan / SM Investments pula akan saman Hyflux kerana “pelanggaran undang-undang perjanjian”

SM Investments pula akan saman Hyflux kerana “pelanggaran undang-undang perjanjian”

SM Investments (SMI), konsortium dari Indonesia yang awalkany ditubuhkan untuk menyelamatkan Hyflux dari beban hutang, telah mengumumkan niat mereka untuk menyaman pula Hyflux kerana membatalkan perjanjian bailout.

Pada Jumaat (19 April), The Straits Times (ST) melaporkan SMI sebagai berkata bahawa mereka tidak menerima pembatalalan perjanjian seperti yang didakwa oleh Hyflux pada 4 April.

Tetapi, mereka memberitahu bahawa perjanjian bersama Hyflux baru terbatal pada Jumaat (19 April) sesuai dengan apa yang terkandung di dalam perjanjian.

Menurut SMI, Perjanjian tersebut dibatalkan disebabkan oleh beberapa “peristiwa pembatalan”.

“Ini merupakan pelanggaran undang-undang perjanjian oleh pihak Hyflux yang melayakkan SMI untuk membatalkan perjanjian penstrukturan semula,” kata SMI.

ST melaporkan, SMI turut memetik kegagalan Hyflux untuk memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum tarikh akhir 16 April sebagai asas untuk mengumumkan pembatalan perjanjian bersama tersebut.

Antaranya, Hyflux telah ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat skim bersama pemegang-pemegang kepentingan yang lain, yang mana pada waktu itu, mereka boleh mengundi rancangan skim yang dipersetujui berkaitan pembayaran kepada penghutang-penghutang firma.  Namun ianya tidak dapat dilakukan kerana Hyflux telah memutuskan untuk membatalkan semua mesyuarat.

SMI berkata, “Disebabkan oleh setiap peristiwa pembatalan yang telah berlaku, SMI berhak mendapatkan bayaran balik deposit seperti yang termaktub di dalam perjanjian penstrukturan semula itu.”

Pembatalan perjanjian penstrukturan semula oleh SMI berlaku selepas perlaksanaan prosiding sivil oleh Hyflux terhadap Salim-Medco kerana “pelanggaran perjanjian penstrukturan semula” yang telah ditandatangani pada Oktober lalu yang mana telah dinafikan oleh pihak SMI pada Jumaat lepas.

Pada Isnin (15 April), Nikkei Asian Review melaporkan bahawa menurut Hyflux, mereka telah memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi berkenaan perkara tersebut.

Salim menolak untuk memberikan sebarang komen balas apabila dihubungi oleh Nikkei pada hari yang sama, berkenaan permulaan prosiding sivil oleh Hyfux terhadap konsortium tersebut.

Walaupun firma tersebut sedang dalam usaha untuk mendapatkan wang yang diletakkan sebagai escrowberjumlah S$38.9 juta usai termeterainya perjanjian penstrukturan semula itu, Hyflux tidak menyatakan bagaimana mereka akan menggunakan deposit itu jika mereka berjaya dalam tuntutan sivil tersebut, komen Nikkei.

Walaupun moratorium hutangnya bakal berakhir penghujung bulan ini, Hyflux menolak untuk membuat sebarang spekulasi berhubung pelan penstrukturan baharu selepas pembatalan perjanjian bailout bernilai S$380 juta bersama konsortium Salim-Medco – melalui SM Investment di Singapura – dua minggu lalu.

Bercakap di persidangan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi pada 11 April, peguam Hyflux Manoj Sandrasegara dari Wong Partnership memberitahu Hakim Aedit Abdullah serta barisan peguam yang mewakili pemiutang Hyflux bahawa, ianya adalah “sangat tidak matang” untuk membincangkan pelan penyelamatan yang baru, lapor ST.

Encik Manoj menambah bahawa firma itu masih belum mendapatkan tambahan lanjutan moratorium hutang yang melindungi Kumpulan Hyflux daripada pemiutang-pemiutangnya.

“Jika kami berniat untuk memohon agar moratorium itu dilanjutkan, kami memerlukan antara 10 hari sehingga dua minggu untuk berbincang dengan pemiutang-pemiutang berkenaan langkah kami yang seterusnya,” kata beliau.

Hakim Aedit, dalam pertanyaan samada Hyflux akan mencari sebarang alternatif untuk pembubaran, sambil memetik sepucuk surat yang diterima mahkamah daripada pelabur runcit Violet Seow, yang menulis bahawa dia “tidak mempunyai keyakinan dalam percubaan penstrukturan semula”, dan dia tidak menyokong tambahan lanjutan moratorium hutang.

Encik Manoj membalas, Hyflux akan menyelesaikan isu-isu yang dinyatakan oleh para pelabur seperti Cik Seow, terutamanya pelabur dengan hutang senior yang tidak dilindungi, sambil menambah bahawa “semua pilihan sudah tersedia”, menurut laporan CNA.

 

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Danisha Hakeem dan disiarkan oleh The Online Citizen pada 16 April 2019.

Check Also

Exco NUSSU menekankan bahawa NUS memandang serius kesalahan gangguan seksual dan menggesa para pelajar untuk tidak mengganggu si pelaku dalam kes melibatkan Cik Monica Baey

Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Pelajar Universiti Kebangsaan Singapura (Exco NUSSU) telah mengeluarkan kenyataan yang mengutuk apa …