Home / Isu Semasa / Pelajar wanita yang dirakam semasa sedang mandi kecam NUS kerana tidak memberi hukuman setimpal terhadap pelajar lelaki yang melakukannya

Pelajar wanita yang dirakam semasa sedang mandi kecam NUS kerana tidak memberi hukuman setimpal terhadap pelajar lelaki yang melakukannya

Monica Baey, seorang pelajar sarjana muda di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah membuat perkongsian di akaunnya di Instagram pada Khamis (18 April) untuk mengecam NUS kerana melindungi pelajar lelaki yang telah melakukan perbuatan merakam mangsa semasa di dalam bilik mandi.

Menurut kepada siarannya, Cik Baey telah dirakam oleh seorang pelajar lelaki semasa berada di dalam bilik air.  Sejurus selepas insiden itu, dia segera membuat laporan polis dan si pelaku telah dikenalpasti beserta bukti daripada CCTV dan video si pelaku melakukan kesalahan itu.

Walaubagaimanapun, selepas berakhirnya siasatan, pelajar lelaki tersebut dikatakan hanya dikenakan tempoh amaran bersyarat selama 12 bulan.  Pelajar wanita tersebut menambah lagi, si pelaku hanya akan dikenakan hukuman jika dia mengulangi perbuatan tersebut dalam tempoh 12 bulan yang ditetapkan.

Cik Baey dengan marahnya memberitahu bahawa insiden ini bukanlah yang pertama kali terjadi di NUS, sambil menyatakan bahawa sudah ramai pelajar wanita yang telah menjadi mangsa rakaman curi semasa berada di dalam bilik air.

Semasa Cik Baey mencuba untuk membuat rayuan untuk hukuman yang lebih berat, pegawai siasatan yang menyiasat kes ini memberitahunya untuk ‘menerima takdir yang berlaku’.  Dia menambah bahawa, pegawai itu kemudiannya memberitahu, “Jika kamu mahu hukuman sewajarnya atau tindakan lebih berat, kamu boleh pergi ke NUS dan desak untuk tindakan”.

Cik Baey mengatakan bahawa dia telahpun bertemu dengan pengurusan NUS dan mendesak institusi itu untuk memberikan hukuman yang lebih berat.  Namun apa yang dilakukan hanyalah sekadar menyampaikan sepucuk surat memohon maaf daripada si pelaku.

Surat tersebut yang dikongsi oleh Cik Baey di Instagram berbunyi:

“I am writing this letter to formally apologise for my vile and inappropriate action that happened in Eusoff hall, on the final week of November and being on heavy alcoholic influence is no excuse at all. I am extremely ashamed of what I have done and I am so sorry to have traumatised you in such a manner, nobody should ever have to go through such a traumatic experience. I want to assure you that this will never happen to anyone else again, and I know actions speak louder than words. This incident has taught me an invaluable lesson and I will strive to be the best version of myself from here on. Of course I hope to seek your forgiveness, but I understand that I am in no position to ask for anything and you have no obligation to even give me any form of closure. But I still want you to know that I am really sorry to have committed such an offence. I will be serving the sanctions mete out by the university while bearing in mind to only improve as a person from here.”

Terjemahan:

“Saya menulis surat ini untuk memohon maaf secara rasmi atas perbuatan saya yang jahat dan tidak wajar yang telah berlaku di dewan Eusoff, pada minggu terakhir bulan November dan berada dalam pengaruh alkohol tidak boleh dijadikan alasan.  Saya merasa sangat malu dengan perbuatan saya dan saya benar-benar memohon maaf kerana tindakan saya telah menyebabkan kamu menjadi trauma, sesiapapun tidak sepatutnya melalui pengalaman trauma sebegitu.  Saya ingin memastikan bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi, dan saya tahu, perbuatan adalah lebih baik daripada kata-kata.  Insiden ini telah memberi saya pengajaran yang sangat bernilai dan saya akan berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik selepas ini.  Sudah tentu, saya berharap untuk mendapat kemaafan daripada kamu, namun saya faham bahawa saya tidak berhak untuk meminta apa-apa dan kamu juga tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan sebarang bentuk kemaafan.  Tetapi saya ingin kamu tahu bahawa saya benar-benar menyesal kerana telah melakukan kesalahan sebegitu.  Saya akan menjalani sekatan yang telah dikenakan oleh pihak universiti sambil mengingati untuk menjadi manusia yang lebih baik selepas ini.”

Dalam membalas kepada kandungan surat itu, Cik Baey secara menyindir berkata, “Ya, saya rasa lebih lega sekarang. Terima kasih.”

Pada story di Instagram, Cik Baey turut berkongsi paparan skrin tentang sebuah mesej yang diterimanya daripada seseorang yang mengatakan bahawa ibubapa si pelaku merupakan golongan yang berpengaruh dan ianya adalah tidak bijak untuk mencabar kemarahan mereka agar tidak merosakkan masa depannya.

Cik Baey membalas dengan memberitahu bahawa dia “sedang sibuk merasa risau tentang masa depan bakal-bakal mangsa yang lain”.  Dia juga mendapati bahawa ianya adalah sesuatu yang mengejutkan apabila pada 2019, masih ada orang yang mencuba untuk mendiamkan mangsa.

 

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Kathleen.F dan disiarkan di laman sesawang The Online Citizen pada 19 April 2019.

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …