Home / Informasi / Tidak perlu lagi cap pengesahan pasport bagi pelancong asing yang keluar dari Singapura berkuatkuasa 22 April

Tidak perlu lagi cap pengesahan pasport bagi pelancong asing yang keluar dari Singapura berkuatkuasa 22 April

Berkuatkuasa 22 April, warga asing yang meninggalkan Singapura tidak perlu lagi mendapatkan cap pengesahan imigresen pada pasport masing-masing.

Ianya diumumkan oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Tempat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (17 April) yang memberitahu bahawa mereka tidak lagi mengeluarkan pengesahan perlepasan imigresen (cap tarikh perlepasan pada dokumen melancong) kepada pelancong asing.

Menjelaskan lebih lanjut, tindakan ini merupakan langkah berterusan untuk menyelaraskan prosedur-prosedur di tempat pemeriksaan agar proses pelepasan imigresen menjadi lebih efisien.

Sejak 2016, pelancong asing yang telah mendaftarkan cap jari mereka melalui sistem BioScreen semasa ketibaan di Singapura boleh menggunakan lorong keluar automatik apabila meninggalkan negara ini.  Pasport mereka tidak akan dicapkan apabila mereka menggunakan lorong ini.  Sebelum ini, semua pelancong asing adalah wajib untuk mendapatkan cap imigresen pada pasport mereka.

Namun, bermula 22 April ini, semua pelancong dari negara luar tidak lagi perlu mendapatkan cap di pasport mereka semasa keluar dari negara ini.

Menurut kenyataan itu juga, ICA memberitahu bahawa mereka akan memaklumkan kepada pihak berkuasa luar negara tentang pemberhentian pengesahan imigresen untuk perlepasan.

 

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Kathleen. F dan disiarkan di laman sesawang The Online Citizen pada 17 April 2019.

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …