Home / Isu Semasa / Pengguna sosial media bertanya mengapa polis boleh memanggil mereka untuk menjadi saksi jika mereka merakam video insiden di tempat awam
Sumber foto: Shutterstock

Pengguna sosial media bertanya mengapa polis boleh memanggil mereka untuk menjadi saksi jika mereka merakam video insiden di tempat awam

Kebelakangan ini, sudah menjadi perkara biasa untuk melihat orang ramai mengeluarkan telefon bimbit dengan pantas untuk mengambil gambar mahupun merakam video sesuatu insiden sebelum bertindak membantu mangsa.

Insiden seperti pergaduhan di Geylang yang melibatkan seramai 20 orang ataupun insiden dimana kaki wanita tersangkut di dalam jurang kecil antara tren MRT dan platform semuanya dirakam dalam kamera.

Walaubagaimanapun, individu-individu yang merakam klip ini merupakan pemerhati dengan perasaan ingin tahu yang tidak banyak menawarkan bantuan kepada mangsa insiden.

Pengguna komuter, Brandon Wong yang membantu kakitangan SMRT dan menenangkan wanita yang kakinya tersepit diantara platform dan tren di stesen Buona Vista pada minggu lepas mengatakan bahawa kebanyakkan penumpang pada masa itu tidak banyak membantu wanita tersebut.

Atas sebab itu, Encik Wong telah menulis di akaun Facebooknya bahawa pengguna tren haruslah menawarkan diri untuk memberi bantukan kepada mereka yang memerlukan dan menunjukkan simpati, bukannya sekadar berdiri di sekeliling dan mengambil foto serta video.

Menurut Rajan Supramaniam, Pengarah Pengurusan Hilborne Law, foto-foto dan video-video yang diambil semasa insiden di tempat awam boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah perundangan, kata beliau kepada The Straits Times (ST).

Walaupun video-video tersebut boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah, pihak polis tetap akan melakukan pengumpulan maklumat seperti mengambil kenyataan daripada pihak yang didakwa, mangsa dan juga saksi, termasuklah merujuk kepada rakaman-rakaman yang diambil dari kamera polis atau pun dari CCTV, kata Encik Rajan.

Beliau turut menambah, individu yang merakam video sesuatu insiden boleh dipanggil oleh polis untuk menjadi saksi. “Walaupun si perakam tidak berniat untuk membuat laporan ataupun menunjukkan rakaman itu kepada pihak polis, mereka masih boleh dipanggil jika pihak berkuasa berpeluang menonton video tersebut di atas talian,” jelasnya.

Seorang jurucakap bagi pihak polis turut memberitahu kepada ST bahawa jika sesebuah laporan telah difailkan, pihak polis akan menilai segala fakta dan kemungkinan bagi setiap kes dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya diperlukan, termasuklah menilai segala bentuk bukti – seperti perkongsian di media sosial untuk mengenalpasti jika sesuatu kesalahan telah dilakukan.

Melihat kepada fenomena orang awam yang menonton sesuatu kejadian lalu bertindak merakam insiden tersebut dan bukannya mengambil tindakan sewajarnya, pakar memberitahu bahawa ini merupakan simptom kesan penggunaan medial sosial.

Dalam masyarakat zaman sekarang, perbuatan menonton kejadian sesebuah insiden disifatkan setara dengan mengambil tindakan, kata Profesor Madya Liew Kai Khiun dari Fakulti Maklumat dan Komunikasi Wee Kim Wee, Universiti Teknologi Nanyang.  Beliau turut memberitahu bahawa tindakan merakam video sedemikian mungkin adalah lebih selamat bagi saksi daripada melibatkan diri dengan insiden itu.

Berlainan pula bagi John Logan yang juga Pengarah Program Fasiliti Pemulihan Ketagihan, The Cabin, dimana beliau berkata bahawa, perkara ini mungkin terjadi kerana manusia menjadi semakin ketagih untuk meraih perhatian orang lain.  “Jika sebelum ini kita hanya memandang dan melihat apabila berlaku kemalangan.  Namun sekarang, apa yang berlaku adalah, orang boleh mendapat ‘suka’ dan ‘hits‘ di media sosial.”

Selepas membaca kesan akibat tindakan merakam video insiden di tempat awam, ramai netizen mempersoalkan keperluan untuk mereka dipanggil oleh polis untuk menjadi saksi.  Ini boleh dilihat di bahagian komen pada perkongsian artikel di laman Facebook ST.

Mereka berkata, jika ini dijadikan sebagai undang-undang, maka orang ramai akan tidak mengendahkan dan berpura-pura yang mereka tidak nampak apa-apa kejadian jenayah.  Ini adalah kerana, orang ramai akan merasa keberatan untuk menjadi saksi, yang seterusnya menyebabkan mangsa kehilangan apa jua bukti yang boleh menyokong mereka, dan pihak polis akan mengambil masa lebih panjang untuk menyiasat dan menyelesaikan kes tersebut.

Walaubagaimanapun, ada yang bersetuju dan berkata bahawa tindakan betul yang harus diambil bagi senario sedemikian adalah dengan menolong mangsa.  Ada yang mencadangkan agar suatu undang-undang dibentuk supaya mereka yang merakam video boleh dijadikan bukti dan dipanggil untuk menjadi saksi di mahkamah bagi kes-kes yang belum selesai.”

Seorang pengguna Facebook, Dino Dsuzair mempersoalkan mengapa pihak polis ingin menyusahkan netizen yang merakam video memandangkan rakaman-rakaman ini sebenarnya adalah pertolongan besar kepada siasatan mereka.  Memandangkan perakam video ini membantu pihak polis, dia tertanya-tanya samada golongan ini patut diberikan upah sebagai ganjaran diatas tindakan mereka?

 

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Kiara Xavier dan disiarkan di laman sesawang The Online Citizen pada 17 April 2019.

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …