Home / Informasi / Polis keluarkan peringatan tentang penipuan membabitkan pembeli palsu wang kertas lama
Foto oleh Muhammad Hamizi Sharif yang diambil di Shutterstock.

Polis keluarkan peringatan tentang penipuan membabitkan pembeli palsu wang kertas lama

Sejak Januari 2019, pihak polis telah menerima laporan sebanyak 17 kes membabitkan penipuan oleh scammer yang menyamar sebagai pembeli yang berminat untuk membeli wang kertas lama dengan kerugian sekurang-kurangnya S$44,000.

Menurut kenyataan daripada Pasukan Polis Singapura, scammer tersebut akan menghantar permintaan menjadi rakan di Facebook atau permintaan untuk mengikuti di Instagram mangsa yang menjual wang kertas lama.

Selepas mangsa mengesahkan permintaan tersebut, scammer terbabit akan memberitahu bahawa mereka adalah pengumpul wang kertas lama seterusnya meminta mangsa untuk menghubungi mereka.

Pihak polis berkata, dalam sesetengah kes, scammer akan menghantar mesej kepada mangsa yang bertanyakan sekiranya mangsa mempunyai wang kertas lama untuk dijual.  Sejurus selepas mangsa menunjukkan minat, scammer itu akan menawarkan pembelian wang kertas itu pada harga yang tinggi.  Kemudiannya, mangsa akan menerima resit palsu sebagai bukti pembayaran masuk lalu meminta mangsa untuk membayar yuran pengurusan kepada scammer.

Untuk sesetengah kes pula, mangsa akan menerima panggilan telefon atau mesej dari agensi penguatkuasaan luar negara dan juga bank yang menyatakan sebab untuk penghantaran wang tersebut. Bagi setiap kes sebegini, mangsa akhirnya tidak ada menerima sebarang bayaran.

Pihak polis menasihati orang awam untuk melakukan langkah pencegahan jenayah seperti berikut:

  • Jangan mengikut gerak hati – Sentiasa berhati-hati apabila mendapat permintaan luar biasa dari orang yang tidak dikenali. Jangan terpedaya dengan helah scammer. Jika sesuatu tawaran itu kelihatan sukar untuk dipercayai, boleh jadi ianya memang tidak boleh dipercayai.

 

  • Jangan mudah percaya – Scammer mungkin memberikan resit pembayaran untuk memperdaya anda bahawa mereka adalah pembeli tulen. Jangan terpedaya dengan helah itu.

 

  • Jangan beri – Jangan membuat bayaran kepada sebarang permintaan yang luar biasa ataupun memberikan maklumat peribadi, kad kredit/debit mahupun maklumat akaun bank anda kepada orang yang tidak dikenali.

Orang awam yang ingin memberi maklumat berkaitan jenayah sebegini boleh menghubungi pihak Polis di talian 1800-255-0000, ataupun menghantar secara atas talian di laman sesawang Pasukan Polis Singapura (SPF) dan mendail 999 untuk bantuan kecemasan Polis.

 

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Neyla Zannia dan disiarkan di laman sesawang The Online Citizen pada 17 April 2019.

Check Also

Mangsa serangan seksual di Yale-NUS memberitahu tentang kepincangan dalam pendekatan masyarakat terhadap rogol

Artikel ini mengandungi rujukan-rujukan dan gambaran keganasan seksual yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan. Pada 2018, seorang …