Home / Informasi / HSA menggantung lesen 4 peruncit atas kesalahan menjual rokok kepada pembeli bawah umur
(Dari atas ke bawah; kiri ke kanan) Ajmir Store, 1588 Le Pte Ltd, 7-Eleven Geylang Bahru, dan NH Mart Pte Ltd.

HSA menggantung lesen 4 peruncit atas kesalahan menjual rokok kepada pembeli bawah umur

Empat kedai runcit telah dikenakan tindakan penggantungan lesen penjualan tembakau oleh Health Sciences Authority (HSA) atas kesalahan menjual rokok kepada individu bawah umur mengikut Undang-undang Had Umur Minimum iaitu 19 tahun.

HSA berkata pada kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa (16 April), mengatakan bahawa peruncit-peruncit ini telah ditangkap selepas pemantauan dan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan HSA untuk mencegah aktiviti penjualan haram barangan berasaskan tembakau kepada golongan bawah umur.

Empat kedai runcit tersebut adalah:

Menurut pihak berkuasa, kesalahan-kesalahan tersebut telah dikesan antara Januari sehingga Mac tahun ini.  Oleh itu, semua kedai-kedai runcit yang terbabit adalah dilarang untuk menjual produk tembakau sepanjang tempoh penggantungan selama enam bulan.

HSA turut mengingatkan semua pemegang lesen peruncitan tembakau untuk mendidik pekerja masing-masing tentang peraturan yang membabitkan penjualan produk tembakau serta keperluan penjual untuk melakukan pengesahan umur kepada mereka yang berniat untuk membeli produk tembakau.

Undang-undang Had Umur Minimum untuk menggunakan, memiliki atau membeli produk tembakau telah dinaikkan kepada 19 tahun yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, dan ianya akan dinaikkan lagi ke 20 tahun yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 dan seterusnya kepada 21 tahun yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

Dibawah Undang-undang (Pengawalan Pengiklanan dan Penjualan) Tembakau, sesiapa yang ditangkap menjual produk tembakau kepada individu bawah umur boleh dihukum, jika disabitkan kesalahan di mahkamah, denda maksimum sehingga S$5,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga S$10,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Selain daripada itu, lesen penjualan tembakau juga akan digantung selama 6 bulan bagi kesalahan pertama dan pembatalan lesen jika disabitkan buat kali kedua.  Walaubagaimanapun, jika pekedai itu didapati menjual produk tembakau kepada golongan bawah umur yang memakai uniform sekolah ataupun kepada mereka yang dibawah umur 12 tahun, lesen jualan runcit tembakau akan terus dibatalkan walaupun kesalahan kali pertama.

Menurut HSA, dari tahun 2015 sehingga Mac 2019, sebanyak 87 lesen jualan runcit tembakau telah digantung manakala 13 lagi telah dibatalkan oleh HSA.

Pihak berkuasa tersebut turut mengatakan bahawa, mengikut kepada kriteria permohonan lesen, sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan penjualan produk tembakau kepada pembeli bawah umur mengikut Undang-undang Had Umur Minimum, adalah tidak layak untuk memohon lesen jualan runcit tembakau.

 

 

Laporan ini diterjemahkan dari artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Neyla Zannia dan disiarkan di laman sesawang The Online Citizen pada 17 April 2019.

Check Also

Tidak perlu lagi cap pengesahan pasport bagi pelancong asing yang keluar dari Singapura berkuatkuasa 22 April

Berkuatkuasa 22 April, warga asing yang meninggalkan Singapura tidak perlu lagi mendapatkan cap pengesahan imigresen …