Home / Undang-undang / Jenayah / 10 pusat urut tidak berlesen dikesan manakala dua lagi didapati melanggar syarat perlesenan semasa operasi polis pada April
Imej dari Pasukan Polis Singapura (SPF)

10 pusat urut tidak berlesen dikesan manakala dua lagi didapati melanggar syarat perlesenan semasa operasi polis pada April

Sebanyak 10 pusat urut tidak berlesen dikesan semasa operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak polis  terhadap pusat urut, pelacuran dan aktiviti perjudian haram.  Operasi yang dijalankan dari 8 sehingga 14 April lalu melibatkan lokasi di sepanjang Balestier Road, Upper Paya Lebar Road, Upper Thomson Road, Macpherson Road, Outram Road, Toa Payoh dan kawasan sekitar Orchard.

Dua pusat urut berlesen juga dikesan melanggar syarat perlesenan, seperti yang diumumkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (16 April).

Sepanjang operasi selama tujuh hari tersebut, sejumlah 19 wanita dan 7 lelaki yang berumur diantara 22 sehingga 68 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan imigresen dan jenayah termasuk kesalahan dibawah Akta Rumah Perjudian dan Akta Perjudian Setempat.

Sumber foto: SPF

Pihak polis menasihati tuan rumah dan pemilik hotel supaya memastikan agar penyewa-penyewa mereka tidak menjalankan aktiviti pelacuran di dalam premis mereka.

Operator-operator pelacuran tidak berlesen boleh dikenakan denda maksimum S$10,000 dan/atau penjara sehingga 5 tahun.  Mana-mana individu yang didapati dengan sengaja bergantung sepenuhnya atau sebahagiannya kepada pendapatan pelacur lain boleh dipenjara sehingga lima tahun dan dikenakan denda sehingga S$10,000.  Pelacuran adalah dibenarkan di Singapura.

Ia turut menekankan tentang tindakan yang akan diambil terhadap operator-operator yang melanggar syarat dan peraturan seperti yang terkandung didalam Akta Pusat Urut (MEA).

Operator-operator pusat urut tidak berlesen boleh dikenakan penalti yang dipertingkatkan di bawah MEA.  Jika disabitkan kesalahan, kesalahan pertama bakal dikenakan denda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.  Bagi kesalahan berulang, mereka boleh dikenakan denda sehingga S$20,000, atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan turut akan dikenakan terhadap tuan ruamh yang dengan sengaja menyewakan premis mereka kepada operator-operator pusat urut tidak berlesen atau yang membenarkan premis mereka digunakan oleh mereka yang terlibat dengan aktiviti pelacuran,” katanya.

 

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Neyla Zannia dan disiarkan di laman sesawang The Online Citizen pada 17 April 2019. 

Check Also

Polis menyiasat lelaki berusia 19 tahun atas kesalahan pecah masuk dan mengambil gambar lelaki lain dalam bilik air di dewan NTU

Satu lagi insiden yang melibatkan aktiviti voyeurism di dewan kediaman universiti berlaku lagi apabila seorang …