Home / Kewangan / Buruh / Kilang IBM di Tampines bakal ditutup, kakitangan sedia ada akan diberhentikan

Kilang IBM di Tampines bakal ditutup, kakitangan sedia ada akan diberhentikan

Kakitangan di kilang pengeluaran IBM yang terletak di Tampines bakal menghadapi proses akhir pemberhentian kerja selepas syarikat tersebut bakal memindahkan semua operasi pengeluarannya ke Amerika Syarikat, negara asal penubuhan IBM.

Melalui responnya kepada pertanyaan daripada TODAY, firma teknologi global dari AS itu berkata, perpindahan ke Poughkeepsie di New York itu adalah berdasarkan kepada “penilaian berterusan tentang kaedah paling efisien untuk mengeluarkan produk-produknya.”

IBM turut menambah melalui email yang dihantar kepada TODAY bahawa, “Poughkeepsie sudah pun mengilangkan IBM Z, oleh kerana itu, ia dilihat sudah mempunyai kemahiran yang diperlukan, prosedur-prosedur, peralatan serta kepakaran untuk mengilang.”

Walaupun pihak syarikat tidak menyatakan jumlah pekerja yang akan diberhentikan, ianya menyebut bahawa “semua pekerja-pekerja yang terlibat akan meninggalkan syarikat pada penghujung July (2019)”.

Memetik dari TODAY, unit-unit perniagaan IBM yang lain tidak akan terjejas dengan penutupan kilang di Tampines.  Ini adalah termasuk IBM Watson Centre yang terletak di kawasan Marina Bay, unit pengurusan, perisian, blockchain juga organisasi-organisasi perkhidmatan yang lain.

Seorang kakitangan dari kilang IBM memberitahu kepada TODAY: “Apabila kumpulan terakhir yang telah diberhentikan (Julai lalu), kami tahu bahawa kami yang masih tinggal tidak akan berada lama di sini… Sudah ada khabar angin bahawa kilang ini akan ditutup dalam masa enam bulan ke setahun”.

Jurucakap kepada Kementerian Pasukan Petugas Tenaga Manusia untuk Pemberhentian Bertanggungjawab dan Fasilitasi Pekerjaan memberitahu kepada TODAY bahawa IBM sudah menghantar notis kepada kementerian berkenaan operasi pemberhentian kerja.

Tambah jurucakap itu lagi, pekerja yang telah diberhentikan kerja boleh pergi mendapatkan perkhidmatan dan bantuan pekerjaan daripada Workforce Singapore dan Employment and Employability Institute (E2I) daripada Kongress Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melalui inisiatif Adapt & Grow.

Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Elektrik dan Elektronik (UWEEI), sebuah kesatuan sekerja di bawah NTUC, akan berkerjasama dengan E2I yang bertujuan untuk membantu mendapatkan penempatan kerja bagi kakitangan IBM yang diberhentikan kerja, kata Setiausaha Eksekutif UWEEI, Melvin Yong.

200 pekerja IBM telah diberhentikan dari kilang IBM di Tampines sekitar pertengahan 2018 kerana relokasi proses pembuatan produk Sistem Kuasa ke Mexico

Pada pertengahan tahun lepas, sekitar 200 orang pekerja, termasuk pekerja “bawahan” yang terlibat dengan proses pengilangan dan pekerja “atasan” yang berada jawatan pengurusan dan eksekutif telah diberhentikan kerja dari kilang IBM yang terletak di Taman Teknologi Singapura.

Operasi pemberhentian kerja tersebut dilaporkan dilaksanakan sebagai salah satu proses relokasi pengeluaran produk Sistem Kuasa IBM ke  Guadalajara, Mexico.

Dalam maklumbalas kepada pertanyaan TODAY Online, syarikat teknologi multinasional dari Amerika Syarikat itu yang berpangkalan di New York berkata bahawa, tindakan itu  dilaksanakan sebagai sebahagian daripada “penilaian berterusan tentang kaedah paling efisien untuk mengeluarkan produk-produknya.

IBM telah dilaporkan merancang untuk memberhentikan sehingga seramai 10,000 orang pekerjanya dari seluruh dunia pada awal 2018, dan seramai 30,000 orang pekerja dilantik ke jawatan baharu dalam usaha penstrukturan semula bahagian Perkhidmatan Teknologi Global.

Walaubagaimanapun, firma tersebut tidak mahu mendedahkan jumlah pekerjanya di Singapura yang telah diberhentikan.

Pada 29 Jun tahun lalu, seorang pembaca yang mempunyai kontrak “membekal Perkhidmatan Logistik kepada IBM” yang bakal tamat pada hujung bulan lepas, telah memaklumkan kepada TOC tentang operasi memberhentikan pekerja yang bakal berlaku di kilang IBM Singapura di Tampines.

Seorang lagi pembaca yang merupakan pekerja kontrak di bawah Geodis Wilson juga telah menghantar surat yang memberitahu mengenai keputusan IBM untuk memindahkan operasi pengeluarannya ke Mexico “telah diumumkan oleh IBM pada 2 May”, dan bahawa “pihak syarikat telah mula memberhentikan semua pekerja kontrak pada penghujung bulan Mei”.

Pembaca itu turut memberitahu tentang sebuah petisyen yang telah dihantar oleh beberapa orang pekerja kepada UWEEI berkenaan IBM yang didakwa tidak mahu memberikan pampasan kepada mereka yang diberhentikan kerja.

“Ini merupakan berita yang  mengecewakan rakyat Singapura yang bekerja di sini, memandangkan kami berharap agar dapat bekerja untuk 2 tahun lagi.

“Tambahan pula, […] pihak Pengurusan telah mengumumkan pada Oktober lalu bahawa IBM telah memperbaharui kontrak 3 tahun kami, berkuatkuasa dari Oktober 2017, dan akan berakhir pada September 2010,” tulisnya.

“Walaubagaimanapun, apabila pakej pemberhentian yang telah dikemaskini diumumkan, kami diberitahu oleh Pengurus Pelatih bahawa pihak syarikat hanya akan membayar pampasan sebanyak 2 minggu bagi setiap tahun perkhidmatan seperti yang dibenarkan oleh Akta Pekerjaan (Fasal 18 dan 19). Pengumuman pada 29 Jun pada pukul 3 petang itu dilakukan tanpa kehadiran Jabatan Sumber Manusia pada ,” jelasnya lagi.

Dia turut mengatakan bahawa IBM “telah beberapa kali menolak permohonan bayaran gaji tahunan pro-rata (AWS) yang mana selalu diterima oleh kami pada penghujung Disember, dengan alasan kami tidak berkhidmat bagi setahun penuh untuk dilayakkan mendapat AWS.”

“Berita ini mengejutkan kami memandangkan semasa pengumuman pertama pengurangan pekerja, Pengurus Operasi kami memberitahu bahawa beliau akan cuba untuk mendapatkan pampasan daripada IBM.

“Walaubagaimanapun, pada 2 minggu selepas itu, seorang Pengurus Pelatih memberitahu bahawa IBM menolak untuk membayar pampasan kepada kami semua,” tulis pekerja itu.

“Beberapa kakitangan yang terjejas merupakan bekas pekerja IBM sebelum kontrak logistik dianugerahkan kepada Geodis Wilson pada 2009.

“Kami diberitahu oleh IBM bahawa Geodis akan melakukan pembayaran seperti yang dilakukan oleh pihak IBM kepada kakitangan mereka.

“Selepas 9 tahun, kami tertanya-tanya samada IBM hanya membuat janji kosong ataupun Geodis telah mengubah keputusan dengan menggunakan keperluan minimum Akta Pekerjaan sebagai cara untuk meraih keuntungan dari proses pemberhentian pekerja ini,” ratapnya.

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Danisha Hakeem dan disiarkan di The Online Citizen pada 13 April 2019.

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …