Home / Berita Ehwal Semasa / Dr Lee Weiling: Laporan media masih lagi mengulangi “dakwaan palsu dan menghina” oleh PM Lee terhadap Lee Hsien Yang

Dr Lee Weiling: Laporan media masih lagi mengulangi “dakwaan palsu dan menghina” oleh PM Lee terhadap Lee Hsien Yang

Anak perempuan kepada mendiang Lee Kuan Yew (LKY), Dr Lee Weiling, baru-baru ini telah berkongsi di laman Facebook, yang mengatakan bahawa laporan-laporan pihak media masih lagi meneruskan “dakwaan palsu dan menghina” terhadap abangnya, Lee Hsien Yang yang dikatakan telah menipu mendiang bapa mereka untuk mendapatkan lebih harta dalam wasiat terakhirnya.

“Ini adalah penipuan.” kata Dr Lee dalam siarannya pada pagi Isnin (15 April).

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan laporan media yang mana menjadi rujukan Dr Lee.

Berkenaan dakwaan tersebut, PM Lee melalui pengisytiharaan berkanun kepada Jawatankuasa Jemaah Menteri yang telah ditubuhkan pada 2017, mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh Puan Suet Fern, seorang peguam yang juga isteri kepada Encik Lee Hsien Yang, dalam persediaan wasiat akhir yang mana berkepentingan kepada suaminya.

PM Lee juga menegaskan bahawa Dr Lee juga merasa curiga samada perubahan dalam pemberian harta adalah benar-benar keputusan LKY ataupun mendiang telah dihasut oleh Encik Lee Hsien Yang dan juga isterinya.  Dr Lee menyangkal tuduhan oleh PM Lee itu.

Melalui siaran Facebook baru-baru ini, Dr Lee menulis bahawa dalam wasiat yang sebelum ini, mendiang ayahnya memang mewasiatkan bahagian harta yang lebih besar kepadanya berbanding kedua-dua orang abangnya, namun pada 2013, mendiang memutuskan dalam wasiat terakhir untuk mengubahnya menjadi pembahagian sama rata.

“Kedua-dua ibubapa kami memang sudah berniat untuk memberikan peninggalan mereka sama-rata seperti yang dipersetujui antara mereka dengan anak-anak.

Dr Lee memberitahu bahawa Cik Kwa Kim Li merupakan peguam yang menguruskan semua wasiat mendiang ayahnya termasuk wasiat awal (di drafkan oleh ibu mereka, Kwa Geook Choo, yang juga merupakan penerima utama).

Cik Kwa yang merupakan salah seorang rakan kongsi di Firma Guaman Lee & Lee dan juga anak saudara kepada Puan Kwa, telah mengakui bahawa kesemua enam set wasiat yang terdahulu adalah disediakan olehnya namun beliau memberitahu kepada The Straits Times pada 2017, “Saya tidak menyediakan wasiat yang terakhir.”

Namun begitu, menurut Dr Lee, Kim Li telah menulis kepada tiga beradik itu pada Jun 2015 bahawasanya LKY “menyedari tentang niat/persetujuan bahawa mendiang akan membahagikan keseluruhan hartanahnya kepada tiga bahagian sama rata untuk tiga orang anaknya.”

“Wasiat terakhir telah menyatakan perkara ini.  Setiap seorang dari kami menerima bahagian hartanah sama rata, tidak lebih, tidak kurang.”

Dr Lee kemudiannya menyatakan bahawa Kim Li sendiri yang menasihati bapa saudaranya itu untuk membuat pembahagian sama rata. 

Melalui sebuah emel kepada Dr Lee, Cik Kim didakwa telah menulis: “Saya telah memberitahu kepadanya …. apabila beliau mengarahkan saya untuk membuat pembahagian tidak sama rata, bahawa ianya sudah diputuskan agar hartanah tersebut dibahagikan sama rata.

“Ini lah yang tertulis di dalam wasiat akhir mendiang.” tulis Dr Lee.

Jabatan Peguam Negara baru-baru ini memfailkan aduan kepada Persatuan Perundangan tentang kelakuan tidak wajar oleh Puan Lee Suet Fern seperti yang didakwa oleh PM Lee di dalam pengisytiharan berkanun.  Aduan tersebut dilakukan atas nasihat bekas peguamnya, Mr Lucien Wong.

Mr Wong yang kini memegang jawatan Peguam Negara dikatakan telah mengundur diri daripada aduan tersebut.  Tidak lama selepas itu, Pertubuhan Undang-undang telah mengumumkan bahawa mereka kini sedang menjalankan tribunal disiplin untuk mendengar aduan daripada Jabatan Peguam Negara.

Pada 2017, kedua-dua beradik itu, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee telah membuat tuduhan bahawa abang mereka telah menyalahgunakan jawatannya berkenaan pertelingkahan membabitkan perobohan hartanah lama di 38 Oxley Road.

Pertelingkahan itu membawa kepada sidang debat di Parlimen oleh PM Lee di mana beliau mengisytiharkan dirinya sebagai tidak bersalah terhadap semua tuduhan-tuduhan yang dikenakan keatasnya.

Laporan ini diterjemah daripada sebuah artikel berbahasa Inggeris yang disiarkan di The Online Citizen pada 15 April 2019.

Check Also

Hyflux akan menyaman konsortium Indonesia SM Group kerana “pelanggaran” Perjanjian Bailout

Syarikat janakuasa dan rawatan air tempatan yang dibelenggu hutang, Hyflux, akan menjalankan prosiding sivil terhadap …