Home / Isu Semasa / Bekas NMP Calvin Cheng mengkritik pendapat Dr Paul Tambyah yang mengatakan bahawa orang ramai tidak perlu risau tentang berita palsu, namun adakah mungkin beliau tersilap?

Bekas NMP Calvin Cheng mengkritik pendapat Dr Paul Tambyah yang mengatakan bahawa orang ramai tidak perlu risau tentang berita palsu, namun adakah mungkin beliau tersilap?

Baru-baru ini, TOC telah mengadakan pertemuan dengan Dr Paul Ananth Tambyah dan mewawancara pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP) itu demi mendapatkan buah fikiran beliau tentang draf Perlindungan terhadap Manipulasi dan Berita Palsu Atas Talian (POMFA) yang telah dicadangkan, kesannya terhadap kebebasan bersuara, pengaduan serta keperluan untuk diadakan draf itu.

Salah satu dari pendapat beliau, Dr Paul berkata bahawa cadangan draf berita palsu bukanlah satu keperluan pada masa ini kerana terdapat pelbagai undang-undang berkaitan perkara itu antaranya Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan bermacam akta-akta lain lagi.

Beliau menjelaskan perkara itu dengan mengatakan bahawa majoriti penduduk mampu untuk membezakan antara fakta dan berita palsu dengan memberikan contoh rawatan penyakit menggunakan perubatan yang sesuai ataupun dengan mengambil minum jus buah-buahan.

“Terdapat banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk memenjarakan individu ini tanpa perlu menggunakan alasan hanya kerana kamu meletakkan perkongsian yang mengatakan bahawa meminum jus buah-buahan boleh merawat penyakit kencing manis, oleh yang demikian, kami harus menghukum kamu di bawah akta berita palsu,” jelas beliau.

Susulan dari wawancara ini, bekas Ahli Parlimen yang Dilantik, Calvin Cheng telah mengkritik pendapat yang diberikan Dr Paul berkenaan perkara ini di laman Facebook miliknya.

Dalam perkongsiannya, beliau “terkejut” apabila pengerusi SDP memberitahu kepada orang ramai yang mereka tidak perlu merasa bimbang tentang penyebaran berita palsu kerana tiada sesiapa akan mempercayainya.

Berdasarkan kepada pendapat ini, beliau kemudiannya menyoal Dr Paul, “Bolehkan beliau sebagai seorang pengamal perubatan menjelaskan kepada kita bagaimana penyebaran berita palsu berkenaan vaksinasi telah melahirkan pergerakan anti-vaksin di negara-negara barat, yang mana telah menyebabkan penularan semula penyakit campak yang sebelum ini telah dibasmi?”

Selepas membaca perkongsian Encik Cheng, Profesor Madya Kenny Ching dari Kolej Universiti London telah menulis di ruangan komen bahawa ulasan yang dikeluarkan oleh NMP tersebut adalah menyimpang dan tidak seperti yang diperkatakan oleh Dr Paul.

Beliau menjelaskan dan memberitahu bahawa Dr Paul mengatakan yang masyarakat umum akan menolak berita yang secara jelasnya palsu dengan memetik rawatan perubatan sebagai contoh.

Beliau kemudiannya menambah, “Kemudian beliau (Dr Paul) meneruskan dengan bersetuju tentang sebilangan kecil penduduk yang mungkin mempercayai dengan kenyataan yang daif atau tidak berasas sama sekali.  Namun itu tidak boleh digunakan untuk memenjarakan seseorang kerana mengatakan sesuatu yang tidak sahih dari segi perubatan, melainkan dia atau mereka dengan secara rela menolak rawatan perubatan.  Itu yang dimaksudkan oleh Dr Paul.

Untuk bahagian dimana Encik Cheng bertanya bagaimana penyebaran berita palsu mengenai vaksinasi telah melahirkan pergerakan anti-vaksin pula, Encik Ching menjelaskan bahawa pergerakan anti-vaksin secara dasarnya memberitahu tentang risiko bahaya akibat kurangnya semakan dan kajian dalam menentukan apa yang benar dan palsu.

Pergerakan itu “bermula apabila Lancet – sebuah jurnal perubatan berprestij yang sepatutnya disemak semula oleh rakan sejawat – telah membenarkan penerbitan sebuah artikel oleh Andrew Wakefield yang mengandungi penipuan.

Memandangkan keyakinan tinggi diletakkan keatas jurnal perubatan sebagai sumber kesahihan maklumat, ianya telah menyebabkan ramai orang mula mempercayai bahawa vaksinasi boleh menyebabkan berlakunya autism,” katanya.

Oleh sebab itu, Profesor Madya tersebut mengatakan bahawa apabila sesuatu maklumat itu, samada benar atau palsu, hanya ditentukan oleh sebuah pihak berkuasa tunggal, ianya adalah sangat merbahaya seperti yang boleh dilihat dalam kes Andrew Wakefield.  Ini adalah kerana, para saintis lain tidak diberikan peluang untuk melakukan pengesahan data kerana ianya tidak diterbitkan kepada umum.

Terima kasih kepada pergerakan anti-vaksin ini, Encik Ching berkata, ianya telah membawa kepada “perubahan dalam bidang saintifik untuk menerima struktur yang lebih terbuka, dimana lebih ramai pihak boleh memberikan pendapat untuk menentukan apa yang betul dan tidak betul.

Secara tersirat, Encik Ching menekankan jika orang ramai diberikan kuasa, maka mereka boleh memberikan lebih pendapat untuk menentukan berita benar dan berita palsu.

 

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Kiara Xavier dan disiarkan di laman sesawang The Online Citizen pada 11 April 2019.

Check Also

Netizen langsung tidak kagum dengan taman diatas bumbung bas awam di Singapura

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengkaji kemungkinan penjimatan tenaga dan kos oleh pengusaha-pengusaha bas, 10 …