Home / Berita Ehwal Semasa / Tan Cheng Bock mengumumkan simbol pokok palma untuk Progress Singapore Party

Tan Cheng Bock mengumumkan simbol pokok palma untuk Progress Singapore Party

Dr Tan Cheng Bock telah mengumumkan bahawa simbol bagi Progress Singapore Party (PSP) telah diluluskan, iaitu dua minggu selepas pendaftaran PSP di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Pengumumkan itu dibuat oleh beliau di laman Facebook.

Simbolnya adalah sebuah pokok palma yang melambangkan “kemajuan, matlamat, kekuatan dan kehidupan”, kata Dr Tan.  Logo tersebut yang didatangkan dalam warna rasmi parti iaitu merah dan putih, dengan lakaran lima kelopak daun pokok palma bersama batang yang berbentuk seakan-akan orang sebagai mewakili “kepercayaan Parti yang bahawasanya rakyat adalah kepentingan utama dan sumber kekuatan”.

Dr Tan menulis lagi, “Lima kelopak daun itu mewakili lima matlamat yang ingin diperjuangkan oleh Parti: Demokrasi, Kesaksamaan, Keadilan, Keamanan dan Kemajuan.  Ianya juga mewakili masyarakat majmuk antara pelbagai kaum yang terdiri daripada 4 kumpulan kaum dan rakyat baru.”

Warna merah melambangkan kehidupan, semangat, kuasa dan kekuatan manakala putih pula membawa maksud kesucian, integriti dan kebaikan.

Dr Tan berkata, “Progress Singapore Party berharap untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura dan akan bekerja keras untuk memenuhi matlamat yang kami perjuangkan.”

Check Also

HSA menggantung lesen 4 peruncit atas kesalahan menjual rokok kepada pembeli bawah umur

Empat kedai runcit telah dikenakan tindakan penggantungan lesen penjualan tembakau oleh Health Sciences Authority (HSA) …