Home / Berita Ehwal Semasa / Perokok disaman S$200 kerana sebelah kakinya berada di luar petak khas merokok di Orchard Road

Perokok disaman S$200 kerana sebelah kakinya berada di luar petak khas merokok di Orchard Road

Ahad (7 April), seorang lelaki mendakwa dia telah dikenakan saman sebanyak S$200 walaupun merokok di dalam kawasan khas merokok hanya kerana sebelah kakinya berada diluar garisan petak merokok.

Perokok tersebut yang menggunakan nama Apiz Mikaelson telah berkongsi insiden ini di Facebooknya untuk memberitahu bahawa dia tidak menyangka yang dirinya akan disaman memandangkan sebelah lagi kakinya masih berada di dalam garisan kuning petak khas untuk perokok.

Apiz menulis di dalam siarannya,

“Share this post, dont give more money to those assholes. So I barely go to Orchard road. Maybe once or twice a year or less. I just Ord-ed bout a month+ ago, I know theres this new law, the no smoking implementation whereby youve to smoke in designated areas blah3. That I know. But what I DIDNT know was that you could be fined for having the other foot out of the yellow box. Told the clown okay Ill move inside cause I legitly didnt know, but the asshat didnt wanna take no for an answer. Probably didnt hit the quota today. What a joke. Do share this around, dont give any more money to these fools and be really careful where you smoke, theyre everywhere ”

Menurut petikan diatas, lelaki ini baru selesai menjalani khidmat negara kira-kira lebih sebulan yang lalu. Dia menyedari tentang penguatkuasaan baru larangan merokok dimana perokok mestilah merokok di kawasan khas merokok.  Namun, dia tidak menyangka yang perokok boleh dikenakan saman jika tidak berdiri sepenuhnya di dalam petak khas merokok.

Menceritakan lebih lanjut tentang insiden itu, dia mengakui yang dirinya tidak mengetahui yang tindakannya berdiri dengan sebelah kaki di luar petak khas merupakan satu kesalahan.  Namun penjelasannya tidak diterima oleh pihak berkuasa yang tetap mengeluarkan saman kepadanya.

Lelaki itu juga memberi peringatan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati apabila merokok di kawasan terbuka kerana pihak berkuasa ada dimana-mana.

Pada ketika artikel ini ditulis, akaun Facebook lelaki ini telah dinyah-aktifkan, namun begitu, kandungan siaran serta gambar saman tersebut telah dikongsikan oleh platform perkongsian atas talian, Lion City Feed.

Menurut laporan World of Buzz, lelaki ini sebenarnya adalah rakyat Malaysia yang dikenakan saman oleh Polis Bantuan yang tidak memberi peluang kepadanya untuk meletakkan kakinya ke dalam zon merokok.  Oleh sebab itu, dia mengambil gambar tiket saman dan melakukan perkongsian atas talian untuk memberi peringatan kepada orang ramai tentang ketegasan pihak berkuasa yang sentiasa memerhati.

Namun begitu, hasil dari siasatan dan melihat kepada rakaman video, Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) mengatakan bahawa lelaki tersebut sebenarnya memang berada di luar kawasan merokok.

NEA memberitahu kepada The Straits Times (ST) bahawa mereka telah melakukan siasatan terhadap insiden itu, menilai semula kes tersebut dan berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terbabit memandangkan mereka telah menjalankan penguatkuasaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

“Pegawai kami telah memerhatikan subjek lelaki yang merokok di luar kawasan khas merokok lalu menghampirinya.  Lelaki itu memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses penguatkuasaan,” kata jurucakap NEA.

Mereka juga menambah bahawa rakaman video tersebut juga menunjukkan yang lelaki itu merokok di luar kawasan yang dikhaskan untuk merokok, lalu dia diberikan tiket saman.

Bermula 1 April, Orchard Road telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dimana tindakan akan dikenakan kepada perokok yang didapati memegang rokok yang telah nyalakan atau merokok di luar petak khas merokok.

NEA memberitahu jika sekiranya petak khas merokok telah penuh, perokok dinasihatkan untuk menunggu sehingga mereka mempunyai ruang untuk masuk, ataupun pergi ke kawasan khas merokok lain yang berdekatan.

Susulan insiden ini, ramai netizen di media sosial yang meluahkan rasa mereka tentang pegawai tersebut yang tidak bertimbang rasa apabila menyaman lelaki tersebut walaupun sebelah lagi kakinya adalah berada di dalam petak.  Mereka menyatakan bahawa pegawai itu sepatutnya menasihati lelaki itu untuk memasukkan sebelah lagi kaki yang terkeluar ke dalam petak khas, dan hanya jika lelaki itu enggan menurut dan tetap berdegil, barulah tiket saman diberikan.

Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa memang perokok itu bersalah kerana ingin mencabar undang-undang memandangkan dia sepatutnya berdiri dengan kedua-dua belah kakinya mestilah berada di dalam petak merokok jika dia ingin menghisap rokok di Orchard Road.  Beberapa netizen pula berpendapat bahawa masalah ini boleh diselesaikan dengan mengharamkan aktiviti merokok ataupun semua perokok haruslah berhenti merokok.

Laporan ini diterjemahkan dari sebuah artikel berbahasa Inggeris yang ditulis oleh Kiara Xavier dan disiarkan di The Online Citizen pada 11 April 2019.

Check Also

Netizen langsung tidak kagum dengan taman diatas bumbung bas awam di Singapura

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengkaji kemungkinan penjimatan tenaga dan kos oleh pengusaha-pengusaha bas, 10 …