Home / Isu Semasa / Singapura menarik balik ILS, Firefly akan terbang semula ke Republik ini melalui Lapangan Terbang Seletar

Singapura menarik balik ILS, Firefly akan terbang semula ke Republik ini melalui Lapangan Terbang Seletar

Lanjutan kepada penggantungan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen  (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dan Kawasan Larangan Kekal (RA) bagi ruang udara Pasir Gudang, Malaysia, Republik kini bersetuju untuk menarik balik prosedur ILS untuk Lapangan Terbang Seletar, manakala Malaysia menggantung penguatkuasaan RA ruang udara Pasir Gudang

Perjanjian itu dimeterai diantara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia bagi “meraikan kerjasama dua hala” pada Jumaat (5 April) jam 11.59 malam.

“Dengan adanya perjanjian ini, Menteri Pengangkutan dari kedua-dua buah negara menjangkakan penerbangan oleh Firefly Sdn. Bhd. ke Lapangan Terbang Seletar berkuatkuasa April 2019,” petikan dari kenyataan perjanjian tersebut pada Sabtu (6 April).

Kenyataan tersebut turut menambah bahawa Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dan rakan sejawatnya di Malaysia Anthony Loke telah menyebut bahawa “sebuah Jawatankuasa Peringkat Tinggi telah ditubuhkan untuk menyemak Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Singapura berkenaan Pusat Kawalan Kawasan Berkaitan Ketibaan, Perlepasan dan Terbang Lalu oleh Singapura 1974.”

“Kedua-dua Menteri Pengangkutan tersebut mengalu-alukan langkah positif ini dan berharap dapat terus memperkukuh kerjasama dua hala,” beritahu kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut, Sabtu lalu, pada awalnya memberitahu tentang perjumpaan pemimpin iaitu antara Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Long dan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad yang bakal diadakan di Putrajaya pada Isnin (8 April) dan Selasa (9 April).

“Semua perkara yang mana… masih belum selesai, termasuk isu air… garis sempadan perairan… penerbangan melalui kawasan kami, tentang siapa yang akan mengawalnya,” Dr Mahathir dipetik sebagai berkata sedemikian pada sidang media di Malaysia pada Jumaat bagi menjawab pertanyaan berkenaan isu-isu yang akan dibincangkan pada pertemuan tersebut.

Malaysia membantah penggunaan ILS adalah disebabkan kerana “laluan penerbangan yang ingin digunakan Singapura bagi ILS” : Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke

Pada video yang disiarkan di laman Facebook rasminya pada 11 Disember tahun lalu, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke menjelaskan rasional bantahan negaranya terhadap penggunaan ILS oleh Singapura.

Video itu bermula dengan soalan : “Mengapakah Firefly menggantung SEMUA penerbangannya ke Singapura selepas syarikat penerbangan itu diarahkan untuk menukar lokasi ke Lapangan Terbang Seletar bermula 1 Disember 2018?”

Ulasan yang diberikan untuk persoalan tersebut ialah “Malaysia menentang penggunaan ILS baharu yang ingin digunakan oleh Singapura di lapangan terbang tersebut bermula 3 Januari 2019”.

Kemudian, video itu diteruskan dengan penjelasan ringkas tentang ILS: “ILS ialah bantuan ketepatan mendekati landasan yang membantu kapal terbang untuk mendarat walaupun dalam keadaan penglihatan yang buruk.  Ianya lebih selamat untuk mendaratkan kapal terbang.

Gambaran dalam video itu termasuk paparan imej pemetaan Google menceritakan, “Lapangan Terbang Seletar di Singapura hanyalah berjarak dalam 2km dari Pasir Gudang, Malaysia,” kemudian ia menggambarkan batasan ketinggian yang menurutnya “sebuah kren mudah alih juga boleh melanggarnya” iaitu 103 meter.

Pada rakaman daripada sidang media yang turut disertakan dalam video berdurasi sepanjang 1:35 minit itu, Encik Loke dilihat sebagai berkata: “Kami tidak boleh membina bangunan tinggi di Pasir Gudang jika kami mengizinkan laluan penerbangan itu”.

Video itu seterusnya menekankan bahawa “Pelabuhan Pasir Gudang kami juga bakal diancam dengan risiko-risiko tinggi dan pelbagai larangan”.

Sebelum itu, ia memberitahu bahawa walaupun dengan ketiadaan ILS, “juruterbang boleh mengemudi mengelilingi rintangan, dan tiada peraturan ketinggian yang diletakkan di sekitar kawasan laluan penerbangan itu”.

Walaubagaimanapun, dengan perlaksanaan ILS, had ketinggian kini wajib dikenakan, sambil ia menunjukkan tentang kawasan yang akan terjejas teruk akibat dari larangan ketinggian, “dari Pasir Gudang dan terus ke utara sehingga Ayer Tawar dan hampir ke Kota Tinggi”.

Rakaman dari sidang media yang sama turut terlihat di minit 1:19 dimana Encik Loke menekankan bahawa “Posisi kami adalah amat jelas – kami tidak menentang Seletar, namun melihat kepada laluan penurunan pesawat, ianya tidak boleh berada di atas Pasir Gudang”.

“Kami menyeru Singapura untuk menarik balik pengumuman ILS dan mengubah laluan pesawat seperti yang kami minta,” Encik Loke merumuskan pada penerangan video itu.

Video Anthony Loke “mengandungi beberapa maklumat tidak tepat”, “alasan teknikal” untuk mendesak perubahan pengurusan ruang udara Pasir Gudang: Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan

Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan kemudiannya membalas pendirian rakan sejawatnya dari Malaysia berkenaan ILS, dengan menyatakan bahawa negara jiran itu menggunakan “alasan teknikal” untuk mendesak perubahan pengurusan ruang udara Pasir Gudang.

Berkata kepada pemberita di Kementerian Pengangkutan sehari selepas video Encik Loke disiarkan, Encik Khaw menambah, walaupun video yang disiarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia itu adalah “sebuah video yang bagus”, beliau berkata bahawa ianya juga “mengandungi beberapa maklumat tidak tepat”, antaranya dakwaan bahawa ILS berpotensi menjadi risiko keselamatan berbanding sistem manual.

“ILS bukan begitu.  ILS adalah seperti pemanduan automatic pesawat.  Ianya adalah sebuah alat untuk kegunaan juruterbang,” kata Encik Khaw.

“Juruterbang sentiasa boleh mengambil alih kepada pemanduan manual jika terdapat faktor keselamatan. . . Juruterbang boleh mendapatkan kawalan penuh sepanjang penerbangan.”

Namun begitu, Encik Khaw menyatakan bahawa “penyelesaian teknikal yang memuaskan hati kedua-dua pihak boleh didapatkan” jika sekiranya protes Malaysia terhadap ILS berpunca dari isu-isu teknikal.

Pada awal tahun ini, Encik Khaw mencadangkan untuk melanjutkan penggantungan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar demi memberi laluan kepada rundingan dengan Malaysia berkenaan isu ruang udara yang mana disebut olehnya sebagai “perbincangan hati ke hati” dengan Encik Loke di Singapura pada 23 Januari.

Menteri Pengangkutan Singapura telah menulis di Facebook bahawa beliau telah “mencadangkan agar melanjutkan penggantungan bersama Kawasan Larangan Malaysia di ruang udara Pasir Gudang dan Sistem Pendaratan Instrumen oleh Singapura di Lapangan Terbang Seletar, untuk memberikan pegawai-pegawai kami lebih masa untuk berbincang sehingga mencapai persetujuan bersama”.

 

Laporan ini diterjemahkan daripada sebuah artikel berbahasa Inggeris oleh Danisha Hakeem yang diterbitkan di laman sesawang The Online Citizen pada 6 April 2019.

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …