Home / Malaysia / PH dan keluarga Anwar terus sokong Mahathir sebagai Perdana Menteri dan menerajui Pakatan Harapan
Anwar di Perkarangan Parlimen Malaysia. Sumber foto: Malaysiakini

PH dan keluarga Anwar terus sokong Mahathir sebagai Perdana Menteri dan menerajui Pakatan Harapan

Mahathir terus mendapat sokongan penuh keluarga Anwar untuk terus meneraju jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menjadi pemimpin Pakatan Harapan.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa (26 Mac), Anwar menyangkal dakwaan anaknya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang meragui kepimpinan Dr Mahathir sebagai tidak berasas.

“Kenyataan itu dibuat dah lama dan dilaporkan oleh Straits Times Singapura. Saya tentu faham dan prihatin tentang pandangannya.

(Ia) bukan sangat merujuk kepada Mahathir tetapi ada juga kerana suara-suara sumbang yang terus membuat serangan kepada kelompok lain.

“Ada setengah orang fikir ini macam kerajaan Umno dulu, tidak. Jadi kita beri ruang, tapi pendirian kita termasuk saya dan keluarga untuk beri sokongan dan ruang kepada Dr Mahathir sebagai pemimpin dan PM,” katanya.

Anwar berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai wawancara Nurul Izzah dengan Straits Times yang diterbitkan pada Ahad (24 Mac) yang mencetuskan kontroversi dengan mengatakan Mahathir adalah “bekas diktator”.

Bekas naib presiden PKR itu dilaporkan menyebut “perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah.”

PH tidak pernah mengeluarkan kenyataan bersama seperti yang tular di akhbar tempatan Malaysia

Pada Isnin (25 Mac) susulan daripada kenyataan Nurul Izzah dalam temuramahnya bersama The Straits Times, akhbar Malaysia The Star dan Sinar Harian di laman sesawang mereka, telah memaparkan sebuah kenyataan yang menyatakan sokongan PH kepada Tun Dr Mahathir.

Kenyataan itu dikatakan dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah bersama ketua-ketua sekretariat dari empat parti komponen PH.

Namun, tidak lama kemudian Encik Saifuddin telah mengeluarkan kenyataan pendek yang memberitahu, “Berkenaan kenyataan sekretariat Pakatan Harapan yang telah dikongsi hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa penyataan itu adalah tidak sah. Setakat ini, tiada kenyataan yang dikeluarkan,” katanya di Twitter.

Mengulas lebih lanjut di Bernama, beliau sudah menghubungi setiausaha-setiausaha parti lain dalam PH berhubung perkara tersebut dan diberitahu tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan.

Encik Saifuddin Nasution mengulas penularan satu kenyataan menggunakan logo PH, antara lain menyatakan bahawa kepimpinan gabungan politik itu tetap menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya bersama pimpinan parti komponen dan menyokong sepenuhnya misi membina semula negara daripada kleptokrasi.

Encik Saifuddin berkata beliau perlu mendapatkan penjelasan daripada Nurul Izzah berhubung kenyataannya, sebelum boleh memberikan sebarang kenyataan sendiri mengenai perkara itu.

 

 

Check Also

Berlian yang dibeli menggunakan wang curi dari 1MDB akan diserahkan kepada AS

Barang kemas berlian bernilai $1.7 juta, yang didakwa dibeli oleh pembiaya dari Malaysia untuk ibunya …