Home / Isu Semasa / Kerajaan bercadang untuk merampas kilang Tuaspring Hyflux, Salim Group menimbang semula keputusan pengambilalihan syarikat
Gambar TuasSpring power plant dari laman sesawang Hyflux

Kerajaan bercadang untuk merampas kilang Tuaspring Hyflux, Salim Group menimbang semula keputusan pengambilalihan syarikat

Berikutan rancangan kerajaan Singapura baru-baru ini untuk menyita kilang penyahgaraman Tuaspring Hyflux, Salim Group telah mengumumkan mereka bakal mengubah keputusan untuk menyelamatkan firma rawatan air itu dari masalah hutang menerusi rancangan penstrukturan semula syarikat.

Nikkei Asian Review melaporkan pada 19 Mac bahawa Salim Group, pemimpin konsortium bailout Hyflux, telah memberikan notis mengenai kemungkinan menarik diri dari proses itu.

Menerusi laporan tersebut, Hyflux berkata notis yang diberikan oleh Salim Group adalah selari dengan klausa yang ditetapkan dalam perjanjian menyelamatkan firma tersebut “yang memberikan hak konsortium untuk menamatkan perjanjian penyusunan semula syarikat” pada 1 Apr “atas dasar masalah yang telah timbul”.

“Masalah yang timbul” dilaporkan merujuk kepada pengumuman Lembaga Kemudahan Awam (PUB) mengenai niat badan tersebut untuk ” menamatkan pembelian dan mengambil alih loji itu jika syarikat tidak dapat memenuhi tuntutan kontrak” pada bulan lepas.

Sekiranya Salim Group meneruskan tindakannya dengan membatalkan perjanjian itu, Hyflux mungkin akan dibubarkan, kecuali ia mendapatkan penaja baru “sebelum berakhirnya moratorium hutang yang diberikan oleh mahkamah” pada akhir bulan depan.

Hyflux, yang sedang tenggelam dalam liabiliti sebanyak $2.7bil setakat hujung September lepas, mungkin akan terlepas peluang mendapatkan sebuah “pakej keselamatan sebanyak $380 juta” daripada Salim Group.

Jumlah $380 juta tersebut ditawarkan kepada Hyflux dengan syarat Salim Group bakal memiliki 60 peratus daripada saham Hyflux.

Kini, sebahagian nasib pelan penstrukturan semula hutang syarikat terletak di tangan pemiutang mereka dimana mereka perlu menunggu proses pengundian, yang akan berlangsung dalam mesyuarat pada 5 April.

Tuaspring memainkan peranan penting dalam keselamatan air Singapura, namun telah gagal untuk “memastikan loji itu berfungsi dengan bagus seperti yang diperlukan”: PUB

Menurut laporan Bloomberg pada 12 Mac, nasib malang yang dihadapi oleh Tuaspring dan Hyflux telah menyebabkan kerajaan Singapura menolak kemerosotan yang dialami Hyflux sebagai “perkara komersial”, dengan PUB memberikan notis rasmi kepada pemilik Tuaspring atas kelemahan operasi dan kewangannya.

Keputusan PUB telah menarik pelabur runcit Hyflux untuk mengkritik perkara tersebut.

Sebagai respon kepada kritikan tersebut, seorang jurucakap PUB memberitahu Bloomberg bahawa “keputusan untuk mengeluarkan notis rasmi adalah untuk memastikan aset itu terjamin dan seterusnya menghasilkan air” untuk negara ini.

Awal bulan lalu, PUB mendedahkan bahawa pihak mereka “mengambil langkah untuk memastikan keselamatan air dilindungi,” dan mendakwa bahawa Hyflux telah gagal “memastikan loji [Tuaspring] berfungsi dengan baik seperti yang diperlukan”, selain gagal menghasilkan “bukti kewangan untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam meneruskan operasi kilang itu selama enam bulan akan datang.”

Pada hari Selasa, menerusi laporan yang sama, PUB berkata pihak mereka “tidak dapat memberikan butiran tentang perkara yang tertakluk kepada tuntutan kerahsiaan” mengenai kemungkinan penyitaan Tuaspring oleh pihak kerajaan.

Kini, sumber air Singapura terdiri daripada “campuran import dari Malaysia” dan “penulenan dan penyahgaraman” tempatan.

“Kira-kira 50% import daripada permintaan, sementara penyahgaraman boleh mencapai sehingga 30%”, kata PUB menerusi laporan Nikkei.

Oleh itu, kata PUB, Tuaspring adalah penting untuk keselamatan air Singapura, kerana Tuaspring adalah yang terbesar daripada tiga loji penyahgaraman yang ada di Republik, dengan dua loji lain yang dijadualkan siap pada tahun 2020.

Keperluan bekalan air yang dijanjikan dari sumber tempatan, menurut Nikkei, lebih penting “apabila kerajaan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mula menolak untuk mengenakan lebih banyak bayaran untuk penghantaran air”.

Pada 18 Mac, Hyflux mendedahkan bahawa pihak mereka “sedang berbincang dengan PUB” serta konsortium atas notis dari setiap pihak.

Laporan ini diterjemah daripada sebuah artikel berbahasa Inggeris oleh Danisha Hakeem yang diterbitkan di laman sesawang The Online Citizen pada 20 Mac 2019.

Check Also

Buku Teks Bahasa Cina Darjah 2 menceritakan tentang mendiang LKY sebagai ‘Petani Agung’ yang membangunkan negara ini

Laman Facebook Diari Rakyat Singapura di Pulau Merlion (獅子島上: 新加坡人生活日記) telah berkongsi sebuah foto Buku …