Home / Pendapat / Komen / Mencari jawapan mengenai tabungan dan bayaran bulanannya, seorang pesara dibiar ‘tergantung’ oleh Lembaga CPF

Mencari jawapan mengenai tabungan dan bayaran bulanannya, seorang pesara dibiar ‘tergantung’ oleh Lembaga CPF

Lembaga CPF terus memilih untuk diam setelah seorang pesara, Zol, menulis surat tentang rasa kecewanya terhadap syarat baru Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF), serta menimbulkan persoalan sama ada wang CPF milik anggota CPF dan siapa yang memutuskan jumlah dan tempoh bayaran persaraan CPF.

Dalam suratnya yang telah diterbitkan di TOC, beliau diberitahu bahawa mulai dari Jun 2019, beliau hanya boleh menerima $482 setiap bulan di bawah Skim Persaraan CPF, dan pembayaran ini akan berlangsung sekitar 28 tahun, sehingga berusia 93 tahun.

Dalam suratnya, Encik Zol menulis, “Bagaimana Lembaga CPF menentukan syarat pembayaran untuk wang saya sendiri? Saya ingin Menteri Kewangan siasat- adakah simpanan CPF dimiliki oleh setiap ahli individu?”

Beliau turut mempersoalkan tempoh pembayaran dan jumlah bulanan yang akan diperolehnya.

Sebagai seorang lelaki yang berkahwin namun tidak mempunyai anak, saya perlu menyara diri saya sendiri.

Sekiranya saya tidak dapat memperoleh pekerjaan dari sekarang hingga 70 tahun, adakah saya dapat hidup selama 5 tahun ini jika saya memilih untuk berumur 70 tahun? Di samping itu, faedah 4% mungkin tidak meliputi inflasi di Singapura dan kenaikan progresif 7% ke  9% dalam GST pada masa ini. Jika ingin menilai 2 pilihan (iaitu memulakan rancangan pada 65 atau 70 tahun) tersebut, keputusan terbaik adalah untuk mengeluarkan semua wang CPF saya sekarang.

Memandangkan keadaan saya (tidak mempunyai anak), adalah tidak masuk akal untuk mencadangkan tempoh bayaran 28 tahun. Jika isteri dan saya meninggal dunia, tiada siapa yang akan menerima pembayaran baki saya”.

Dalam cubaan untuk menangani masalah dihadapinya, baru-baru ini Encik Zol menulis surat kepada lembaga CPF untuk meminta tempoh pembayarannya dipendekkan sekaligus beliau dapat menerima bayaran bulanan yang lebih tinggi.

Dalam e-melnya kepada CPF, beliau memetik kenyataan Menteri Tenaga Kerja, Josephine Teo, “bahawa ahli CPF yang menerima pembayaran mereka pada masa ini, 74% daripadanya menerima di bawah $500”, serta menegaskan bahawa terdapat “manfaat ketara” untuk para ahli ketika pembayaran bermula kemudian, seperti faedah yang lebih tinggi.

Oleh itu, beliau turut mempersoalkan sekiranya CPF dapat membantu “mengatasi faedah ketara – seperti kenaikan nilai purata bayaran bulanan menjadi lebih daripada $ 450 – bagi ahli CPF dalam kumpulan umur antara 65 -69”.

Menjawab e-mel pertama Encik Zol yang dihantar pada 14 Januari (Isnin), CPF menulis:

Di bawah Skim Jumlah Persaraan, ahli yang mencecah umur 55 tahun antara 1 Januari 2009 dan 30 Jun 2009, seperti encik, dikehendaki mengasingkan Skim Penuh Persaraan (FRS) mereka sebanyak $106,000 dalam Akaun Persaraan (RA) (tidak termasuk faedah yang diperolehi) bagi keperluan asas persaraan.

Berdasarkan kadar faedah asas RA sebanyak 4%, ahli-ahli yang memenuhi kohort FRS mereka sepenuhnya secara tunai pada usia 55 tahun akan dapat menerima bayaran sebanyak $910 dari umur kelayakan pembayaran mereka (PEA) selama lebih kurang 20 tahun.

Jika tidak, ahli yang tidak dapat mengasingkan FRS sepenuhnya secara tunai akan menerima kadar bayaran secara agihan, tertakluk kepada jumlah minimum sebanyak $250. Dalam kes anda, anda akan menerima kadar bayaran secara agihan sebanyak $482 selama kira-kira 28 tahun.

Walau bagaimanapun, tempoh pembayaran yang terhasil mungkin juga berubah dari 20 tahun disebabkan oleh dasar baru yang diperkenalkan, seperti di bawah untuk rujukan encik: –

Faedah Tambahan (EI): Tambahan sebanyak 1% setahun pada $60,000 baki gabungan pertama ahli [dengan sehingga $ 20,000 dari Akaun Biasa (OA)]

Faedah Tambahan Berganda (AEI): Ahli CPF berumur 55 tahun ke atas, seperti encik, juga akan mendapat tambahan 1% pada $ 30,000 baki gabungan pertama (dengan sehingga $ 20,000 dari OA)

EI dan AEI digunakan untuk melanjutkan tempoh pembayaran RSS, yang dihadkan pada usia 95 tahun. Ini juga akan membantu untuk melanjutkan tempoh bayaran ahli untuk memastikan mereka tidak dapat mengatasi simpanan persaraan secara berlebihan.

Merujuk perkara di atas, kami tidak dapat menyesuaikan bayaran bulanan encik untuk bertahan selama 20 tahun kerana perkara tersebut akan mengurangkan simpanan RA encik sebelum ini. Pada umumnya, encik perlu menerima peningkatan besar dalam RA encik atau menangguhkan permulaan pembayaran bulanan bagi melayakkan diri encik untuk menerima bayaran yang lebih tinggi dan / atau tempoh pembayaran yang lebih pendek.

CPF juga menyatakan dalam e-mel tersebut bahawa mereka memahami kebimbangan Encik Zol mengenai penjimatan CPF dan pembayaran bulanan, dan akan kembali kepada beliau selepas mengkaji dengan teliti kesnya.

Namun, tiada jawapan dari lembaga sehingga kini.

Dalam e-mel susulannya kepada lembaga beliau bertanya “siapa pemilik sah simpanan CPF”?

Zol berkata kepada lembaga CPF bahawa Ahli Parlimen Tercalon (Nominated Member of Parliament) Chia Yong Yong pernah berkata di Parlimen pada Mac 2015 bahawa wang CPF bukan milik ahli-ahli badan tersebut.

Perdana Menteri Lee, tambahnya, memuji ucapan itu sebagai sangat baik.

Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Tenaga Manusia dan Speaker Parlimen, Tan Chuan Jin setahun kemudian yang memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa wang yang tersimpan dalam CPF memang milik mereka.

Dengan kedua-dua bukti tersebut, Zol mahukan penjelasan daripada pihak CPF tentang kenyataan manakah yang benar.

Selain daripada persoalan di atas, beliau juga ingin mengetahui “siapa yang membuat keputusan dan meluluskan jumlah dan tempoh pembayaran persaraan” dan apakah hujah di sebaliknya.

Beliau menyatakan dalam laman web CPF bahawa seseorang boleh memilih jumlah bulanan yang mereka ingini untuk memenuhi keperluan persaraan mereka.

Walau bagaimanapun, ini jelas tidak berlaku terhadapnya, kerana CPF memberitahu bahawa beliau hanya akan layak menerima “kadar bayaran secara agihan sebanyak $482 selama kira-kira 28 tahun” kerana beliau tidak berjaya mengasingkan jumlah FRS, $106,000 dalam Akaun Persaraannya (RA).

Sebagai seseorang yang tidak mempunyai anak, Encik Zol berkata bahawa sukar untuk mereka sebayanya mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan jumlah persaraan bulanan yang hanya dapat menyokong sebahagian daripada perbelanjaan, terutama bil perubatan.

Sehingga kini, Encik Zol terus menunggu jawapan kepada soalan-soalannya kerana lembaga CPF terus berdiam diri.

Laporan ini diterjemah daripada sebuah artikel berbahasa Inggeris oleh Kiara Xavier yang diterbitkan di laman sesawang The Online Citizen pada 21 Mac 2019.

Check Also

#BelanjawanSG2019: Pakej Generasi Merdeka hanyalah penjenamaan semula Pakej Generasi Perintis: Pendidik dan ahli politik Mohd Nassir Ismail

Pakej Generasi Merdeka (MGP) yang ditawarkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2019 hanyalah penjenamaan semula daripada …