Home / Alam Sekitar / Pelawak Fakkah Fuzz selamat sampai ke Pasir Gudang untuk memberikan sumbangan kepada penduduk berdekatan Sungai Kim Kim

Pelawak Fakkah Fuzz selamat sampai ke Pasir Gudang untuk memberikan sumbangan kepada penduduk berdekatan Sungai Kim Kim

Susulan kejadian pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang, Pelawak Fakkah Fuzz telah mengambil inisiatif untuk ke negara jiran, Malaysia dan memberikan bantuan berupa sumbangan topeng N95 untuk digunakan oleh kanak-kanak dan penduduk setempat yang terjejas akibat keracunan gas metana selepas kejadian pembuangan bahan kimia merbahaya di Sungai Kim-Kim oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Safely reached Pasir Gudang yesterday to deliver the masks! More help is on the way so please stay strong guys! Thank…

Posted by Fakkah Fuzz on Wednesday, March 13, 2019

 

Setakat hari ini, gelombang keempat telah dicatatkan dengan semakin ramai penduduk terkena simptom keracunan gas dan lebih ramai lagi mengambil keputusan untuk pindah sementara ke tempat yang lebih selamat.

Memetik dari Harian Metro, sehingga tengahari semalam (14 Mac), jumlah penduduk yang terjejas telah meningkat kepada 1,906 dengan 276 telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan susulan sejak Isnin (11 Mac).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, semua pesakit itu ditempatkan di Pusat Perubatan (Medic Base) dengan seramai 1,483 di Dewan Taman Pasir Putih sebelum 224 orang daripada jumlah itu dirujuk ke HSI.

“Manakala, 423 mangsa ditempatkan di Medic Base Dewan Taman Mawar dengan 52 kes dirujuk ke HSI. Pada masa sama, 869 mangsa mendapatkan rawatan secara terus di hospital dan klinik sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru tanpa merujuk kepada Medic Base yang dibuka.

Kehabisan topeng muka

Kerajaan negeri Johor mengalu-alukan sumbangan topeng muka jenis R95 yang setakat ini sudah kehabisan stok kerana orang ramai berpusu-pusu mendapatkan topeng muka jenis itu di farmasi-farmasi sekitar Pasir Gudang.

Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya menerima rungutan orang ramai tentang kesulitan mendapatkan bekalan barangan itu sejak beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, kesedaran orang ramai bagi menggunakan penutup hidung dan mulut terutama ketika mengadakan aktiviti di luar semakin meningkat dan ia menunjukkan kebanyakan penduduk Pasir Gudang mengambil langkah pencegahan dalam menghadapi pencemaran gas kimia yang berlaku sejak 7 Mac lalu.

“Bekalan berkenaan dikatakan sudah kehabisan stok kerana terlalu laris di pasaran dan sukar didapati namun pada masa kini ia amat diperlukan terutama bagi kegunaan di pusat saringan.

“Saya dihubungi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) untuk menyalurkan sumbangan berkenaan.

“Namun sekiranya kerajaan negeri lain mahupun ada pihak yang ingin menyumbangkan barangan itu, ia dialu-alukan,” katanya.

Permintaan topeng jenis R95 paling tinggi, namun kebanyakan farmasi tidak menjual topeng berkenaan menyebabkan penduduk terpaksa membeli topeng N95.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai hanya dapat membeli penutup hidung dan muka.

Kepada pihak yang ingin menyalurkan sumbangan topeng muka atau sumbangan berkaitan, boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di talian +0607-2522143 atau +0607-2532143.

Sumber : Harian Metro

Check Also

Netizen langsung tidak kagum dengan taman diatas bumbung bas awam di Singapura

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengkaji kemungkinan penjimatan tenaga dan kos oleh pengusaha-pengusaha bas, 10 …