Home / Informasi / Pemandu GOJEK bakal nikmati rebat petrol hasil kerjasama dengan bank dan syarikat petrol terbesar Singapura

Pemandu GOJEK bakal nikmati rebat petrol hasil kerjasama dengan bank dan syarikat petrol terbesar Singapura

Sebagai sebahagian daripada misi GOJEK untuk mengurangkan kos operasi rakan kongsi-pemandu dan memberi mereka pendapatan yang lebih stabil, syarikat ride-hailing tersebut telah mengumumkan kerjasamanya bersama syarikat Esso, petrol terbesar Singapura, dan rangkaian bank DBS pada Rabu (13 Mac)  untuk memberikan para pemandu GOJEK rebat bahan api pada tahap kompetitif.

Bermula 1 April, semua pemandu GOJEK boleh menikmati diskaun permulaan sebanyak 20% apabila mereka mengisi bahan api di mana-mana 61 stesen Esso di sekitar Singapura.

Jika potongan harga itu masih tidak mencukupi, pemandu aktif juga boleh menerima tambahan rebat bahan api sehingga 12 peratus.

Bagi pemandu yang menggunakan Debit Kad DBS/POSB untuk membayar bahan api di stesen Esso, mereka layak mendapat kelebihan tambahan rebat.

Penerangan tentang skim ini bakal didedahkan pada bulan depan.

Pengumuman terbaru tentang kerjasama GOJEK dengan Esso dan DBS muncul selepas syarikat ini mendedahkan kerjasama mereka dengan Doctor Anywhere dan Gigacover.

Kerjasama ini menawarkan kemudahan servis konsultasi perubatan dan Insurans Perubatan Berpanjangan kepada pemandu-pemandu, dan merupakan sebahagian daripada beberapa manfaat yang diperkenalkan untuk meningkatkan kesejahteraan pemandu-pemandu ride-hailing di Singapura.

Check Also

Polis keluarkan peringatan tentang penipuan membabitkan pembeli palsu wang kertas lama

Sejak Januari 2019, pihak polis telah menerima laporan sebanyak 17 kes membabitkan penipuan oleh scammer …