Home / Berita Ehwal Semasa / Kementerian Pendidikan bakal menggantikan sistem aliran dengan sistem mengikut subjek, namun isu perpecahan sosial sedia ada perlu diatasi

Kementerian Pendidikan bakal menggantikan sistem aliran dengan sistem mengikut subjek, namun isu perpecahan sosial sedia ada perlu diatasi

Kementerian Pendidikan (MOE) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menghentikan perlaksanaan sistem aliran di sekolah menengah sebelum atau pada 2024, dan menggantikannya dengan sistem kumpulan mengikut subjek,

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata sewaktu perbahasan Bajet untuk MOE di Parlimen pada 4 Mac bahawa bermula tahun 2027, para pelajar akan menduduki peperiksaan kebangsaan biasa, dan bukan lagi peperiksaan GCE O-Level atau N-Level seperti dalam sistem sekarang.

Dengan perlaksanaan sistem baru ini, bermakna seluruh konsep pembahagian kelas bakal berubah.

Memandangkan aliran berbeza-beza akan dihapuskan, sekolah-sekolah akan membetuk pembahagian kelas mengikut aktiviti ko-kurikulum, subjek-subjek, ataupun kumpulan projek, kata MOE.

MOE juga memberitahu, yang mana, pihak pertama yang akan melalui sekolah menengah tanpa sistem aliran adalah murid-murid yang sedang menduduki Darjah 2 pada tahun ini.

Perlaksanaan sistem baru ini akan dilakukan tahun depan secara menyeluruh di 25 sekolah sebelum dilanjutkan secara berperingkat ke semua sekolah pada 2024.

Encik Ong berkata: “Perubahan ini akan membantu kita membentuk sistem pendidikan untuk para pelajar sambil mengurangkan kesan stigma dan tanggapan negatif.¬† Ianya akan menggalakkan cara pemikiran matang dikalangan pelajar kita.

“Kita sedang memecahkan dilema yang kita hadapi sejak sekian lama.”

Encik Ong menekankan cabaran-cabaran yang timbul di dalam sistem aliran, antaranya, bagaimana sistem aliran tidak mengambil kira kelebihan dan kekuatan yang dimiliki setiap para pelajar dalam matapelajaran yang berbeza-beza.

Beliau juga berkata bahawa stigma dan rasa rendah diri wujud dalam kalangan pelajar apabila mereka ditempatkan di dalam aliran yang dirasakan ‘lebih rendah’.

“Para pelajar akan membentuk cara berfikir dimana mereka memberitahu diri mereka: ‘Saya hanya pelajar aliran biasa, jadi ini sahaja yang terbaik saya mampu,” katanya.

Pengumuman yang dibuat oleh MOE tentang penghapusan sistem aliran telah mencetuskan banyak pujian dan juga kebimbangan.

Sesetengah ibubapa merasa bimbang jika sistem baharu ini bakal memberi kesan sampingan kepada anak-anak mereka.

Malahan, dalam artikel The Straits Times yang diterbitkan pada 10 Mac, seorang ibu yang mempunyai tiga anak dipetik sebagai berkata dia ‘lebih lebih suka anak-anaknya untuk tidak bergaul dengan mereka yang dari aliran biasa’.

Ibu tersebut, Wendy Chan, menjelaskan: “Ia adalah disebabkan cara mereka dibesarkan – cara pemikiran dan nilai-nilai mungkin tidak selari dengan apa yang saya setuju. Ia bukan sepenuhnya tentang pencapaian akademik.”

Suara hati Puan Chan menggambarkan apa yang telahpun dibahas oleh ahli akademik, iaitu bahawa meskipun langkah untuk menghapuskan sistem aliran mampu menjadi satu perkara yang baik dari segi pandangan akademik, namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk membanteras stigma yang telah bertahun-tahun terbentuk hasil daripada sistem pendidikan yang sebelumnya.

Seorang guru, Mark Rozells, mengongsikan petikan kata-kata Puan Chan di laman media sosial Facebook, dan menambah bahawa ‘keangkuhan dan pandangan buruk [yang ditonjolkan Puan Chan] dapat dilihat dengan jelas hanya melalui beberapa potong ayat, dan ternyata ia mengagumkan’.

A friend shared the photo below, from today's The Straits Times, "End of Streaming: How will changes affect IP schools",…

Posted by Mark Rozells on Sunday, March 10, 2019

Encik Rozells berkata, beliau telah mengajar pelajar dari pelbagai jenis aliran, dan pengalaman peribadinya menunjukkan yang pelajar-pelajar, tidak kira apa jua aliran, mempunyai kekuatan dan cabaran masing-masing, dari segi peribadi mahupun keluarga.

“Saya pernah melihat pelajar yang rajin, gigih dalam aliran Normal dan pelajar yang malas dan angkuh dalam aliran Integrated Programme dan Express,” katanya.

Tambah beliau: “Jika pandangan Puan Chan benar-benar mencerminkan pemikiran yang wujud dikalangan ibubapa di luar sana, seberapa banyak mana pun dokumentari sedih yang diterbitkan¬† Channel NewsAsia tidak akan memberi makna.

“Satu pembentukan semula secara menyeluruh bagaimana pelajar dimasukkan ke sekolah menengah amat diperlukan dengan segera,” ujar Encik Rozells.

Di dalam catatan beliau di akhir ulasan, Encik Rozells menyatakan bahawa kewujudan prejudis tidak berlaku dalam masa sehari.

“Prejudis memerlukan masa, berakar melalui polisi, tumbuh melalui amalan pentadbiran dan seterusnya bertaut dengan ciri-ciri kemasyarakatan yang kita lupa atau abaikan.

“Kita menzahirkan pelbagai jenis rekaan untuk dijadikan alasan, untuk menyokongnya,” ujar Encik Rozells.

Netizen sekaligus bersetuju dengan pandangan Encik Rozells bahawa pemikiran prejudis sebegini telah bertapak sejak sekian lama, dan Puan Chan merupakan cerminan ‘nilai’ elitist yang diterapkan dalam dirinya:

Terdapat ramai netizen yang juga menjelaskan bagaimana cara pemikiran sebegini akan memburukkan perpecahan sosial yang sedang berlaku di Singapura.

Berdasarkan tindak balas Puan Chan serta ibubapa lain sepertinya terhadap sistem aliran baharu di sekolah kerajaan di Singapura, ternyata jelas bahawa masalah diskriminasi merupakan masalah yang amat besar dan kukuh di Singapura.

Sistem aliran yang telah dilaksanakan selama lebih kurang empat dekad telah membentuk satu masyarakat dengan perpecahan sosial yang ketara kesan daripada penempatan akademik di sekolah.

Secara objektifnya, penghapusan sistem aliran merupakan satu langkah bijak yang akan memberi faedah kepada para pelajar dalam jangka masa panjang.

Namun, lebih banyak yang perlu dilakukan untuk memperbetulkan stigma terhadap pelajar yang lemah dari segi akademik yang sering dipandang rendah berbanding rakan mereka yang dianggap lebih berjaya dan mengakibatkan pelajar seperti itu tersisih dalam kalangan masyarakat yang lebih besar.

Check Also

Rang undang-undang “berita palsu” Singapura dijangka berkuatkuasa dalam jangka masa separuh kedua tahun 2019

Rang Undang-Undang Perlindungan dari Kepalsuan dan Manipulasi Atas Talian (Protection from Online Falsehoods and Manipulation …