Home / Kewangan / Cadangan tempoh bayaran CPF selama 28 tahun tidak masuk akal apabila tiada orang untuk menerima baki bayaran

Cadangan tempoh bayaran CPF selama 28 tahun tidak masuk akal apabila tiada orang untuk menerima baki bayaran

Oleh Zol

Saya dilahirkan pada tahun 1954.  Pada tahun ini, saya berumur 65 tahun dan saya empati dengan semua yang memberi komen di sini di The Online Citizen.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama ahli-ahli CPF yang lain.

Sepertimana yang lain, saya ada menerima surat daripada CPF yang memberitahu saya untuk samada memohon untuk bayaran persaraan secara bulanan pada usia 65 tahun, ataupun menangguhkannya kepada umur 70 tahun demi bayaran yang lebih menguntungkan.  Ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini sudah dilaporkan di dalam berita dan dikritik oleh ramai rakyat Singapura termasuklah bekas AP PAP Encik Inderjit Singh.  Walaubagaimanapun, satu perkara yang mengejutkan saya adalah, saya boleh menerima hanya $482 sebulan bermula bulan Jun 2019 dibawah Skim Dana Persaraan CPF, dan bayaran ini akan berakhir selepas 28 tahun, iaitu apabila saya berumur 93 tahun.

Bagaimana pula Lembaga Pusat Dana Simpanan yang menentukan terma pembayaran untuk wang saya sendiri? Saya mahu Menteri Kewangan untuk memberi pencerahan – adakah simpanan CPF merupakan hakmilik setiap ahli?

Kemudian saya menghantar surat dan meminta untuk pembayaran selama 20 tahun kerana hendak meningkatkan jumlah bayaran bulanan saya, dengan alasan jangkaan hayat rakyat Singapura adalah 85.4 tahun (berdasarkan statistik yang dilaporkan pihak media.) Pihak CPF dengan senangnya menolak dan memetik “polisi semasa” sebagai alasannya.

Dan kami sebagai ahli langsung tidak diajak berunding.  Walaubagaimanapun, jika anda melihat di laman web CPF pada “CPF-Your Assurance in Retirement”, artikel ini menyatakan bahawa “….anda boleh memilih jumlah bayaran bulanan yang diingini untuk memenuhi keperluan persaraan…”.

Bagaimanakah tindakan mereka selari dengan pernyataan ini?

Memandangkan saya sudah berkahwin namun tidak mempunyai anak, saya perlu menyara diri saya dari sekarang sehingga saya meninggal dunia.  Jika saya tidak berjaya mendapatkan pekerjaan dari sekarang sehingga umur 70 tahun, bagaimana saya ingin meneruskan hidup bagi 5 tahun ini jika saya memilih pembayaran pada 70 tahun?  Lebih teruk lagi, jumlah faedah 4% itu mungkin tidak cukup untuk menghadapi inflasi di Singapura dan kenaikan berterusan GST yang mana setakat ini adalah 7% sehingga 9%.  Jika menggunakan nilai sekarang untuk menilai 2 pilihan (contohnya. mulakan pelan pada 65 atau 70 tahun), keputusan terbaik adalah dengan mengeluarkan semua duit CPF saya sekarang.

Seperti dalam situasi saya (berkahwin dan tiada anak), ianya adalah sangat tidak logik untuk mencadangkan terma pembayaran selama 28 tahun.  Selepas saya dan isteri sudah tiada, maka tiada sesiapa yang tinggal untuk menerima baki bayaran.

Saya juga faham tentang pendirian Kerajaan kita yang tidak akan sebarangan memberi wang secara percuma.  Saya tidak meminta kepada Kerajaan untuk memberi saya makan.  Kerana dalam kes saya, jika saya telah habis menggunakan dana persaraan CPF saya bila umur saya 85 tahun, saya masih boleh menjual flat 5-bilik saya (jika masih bernilai) untuk menampung kehidupan tanpa perlu meminta pertolongan sesiapa.

Adakah terdapat keperluan untuk terus mengubah Akta CPF tanpa berbincang dengan ahli CPF? Harus diingat, Lembaga CPF merupakan Lembaga Berkanun Kerajaan yang sepatutnya berkhidmat kepada semua rakyat Singapura.  Tetapi sebaliknya, ia bertindak seakan-akan sebuah badan kawalselia yang mengawal simpanan hasil penat lelah semua rakyat Singapura.  Lembaga CPF boleh sesuka hati mereka menukar polisi tanpa berbincang dengan ahli-ahli.

Mari betulkan fakta kita:

  1. CPF hanyalah penjaga simpanan CPF ahli-ahli.  Bermakna, wang tersebut dimiliki oleh ahli-ahli.
  2. Simpanan CPF bertujuan untuk membantu ahli-ahli menyimpan untuk masa tua.  Pada awalnya, apabila berumur 55 tahun boleh mengeluarkan semua jumlah simpanan.

Ini adalah fakta-fakta yang tiada sesiapa pun boleh bantah.  Oleh itu, mengapa buat perubahan kepada Akta CPF tanpa bertanya kepada ahli-ahli? Mengadakan referendum adalah cara yang tepat dan demokratik yang memberi peluang kepada ahli untuk bersuara dalam menerima polisi baru CPF atau sebaliknya.  Mana-mana polisi CPF tidak boleh ditetapkan mahupun diluluskan oleh Lembaga Pengarah CPF kerana mereka hanyalah sekadar penjaga kepada wang kita dan mereka tidak mewakili seluruh rakyat Singapura.

Saya juga bingung mengapa tiada sebarang parti politik atau AP sedia ada yang sepatutnya menjadi suara kita, berdiri dan memberi komen tentang isu ini? Saya anggap dengan gaji bulanan sebanyak $16,000, mereka bukanlah rakyat marhaen seperti kita yang memerlukan bayaran bulanan untuk terus hidup.

Kesimpulannya, saya menyuarakan perkara ini dan berharap rakyat Singapura boleh memberi kata putus kepada isu ini.

Check Also

Data daripada Josephine Teo menunjukkan bahawa warga tua Singapura hanya mendapat purata S$355 sebulan dari CPF

Pada Isnin (18 Feb), Profesor Madya Walter Theseira dari NCMP bertanya kepada Menteri Josephine Teo …