Home / Berita Ehwal Semasa / Veteren 54 tahun mengamuk kepada Lembaga CPF kerana sering tukar umur pembayaran wang persaraan

Veteren 54 tahun mengamuk kepada Lembaga CPF kerana sering tukar umur pembayaran wang persaraan

Seorang veteren berusia 54 tahun bernama Khris Ang, baru-baru ini menggunakan laman Facebooknya untuk meluahkan perasaan tidak puashatinya terhadap Lembaga CPF selepas ia berkali-kali menukar umur pembayaran persaraan beberapa tahun kebelakangan ini.

Di dalam siarannya, bekas jurutera kanan itu berkata bahawa, semasa dia mula-mula bekerja, dia tiada pilihan lain selain mencarum ke dalam akaun CPFnya.  Bagaimanapun, dia memberitahu tentang sikap buruk Lembaga CPF yang selalu menangguhkan pembayaran keluar.

Dia mendedahkan yang semasa dia mula bekerja, persetujuannya adalah semua orang boleh membuat pengeluaran penuh apabila mencapai umur 55 tahun: Ini, menurut Ang merupakan tawaran “manis bermadu” dari Lembaga CPF.

“Sedangkan bank tempatan yang paling teruk sekalipun boleh menawarkan lebih dari 2.5% untuk struktur deposit paling buruk untuk tempoh 10 tahun, modal dijamin.  Jika saya menggunakannya, saya boleh melakukan pengeluaran awal simpanan saya sebelum tempoh matang, walaupun dikenakan caj penalti.  Kamu sepatutnya boleh buat lebih banyak dari 2.5% untuk satu simpanan yang terkunci selama 3 dekad tanpa pilihan pengeluaran langsung,” tulisnya.

Dia terus menulis untuk meluahkan kekecewaannya apabila Lembaga CPF  merasakan mereka mempunyai hak untuk menentukan usia persaraannya dan cara bagaimana dia harus menjalani kehidupannya.

“Semasa permulaan kontrak, kita bersetuju untuk sebuah pengeluaran pada umur 55 tahun.  Kemudian kamu menyemak semula kerana kamu kata aku mengambil berat tentang saya.  Lalu kamu mencadangkan usia 60 tahun, kemudian 63 dan kamu menggesa saya untuk menangguhkan pengeluaran ke usia 65 tahun, dengan memberi bonus sebanyak S$1,200 untuk penangguhan selama 2 tahun.  Itu akan menjadikan jumlah sehingga 40 tahun saya menyimpan duit dengan kamu.  Oh, begitukah cara ia dilakukan disini? Saya sanggup menawarkan S$12,000 untuk mengeluarkan duit saya 20 tahun lebih awal.  Saya sanggup jika saya mampu, seandainya kamu MEMPUNYAI WANG untuk dikembalikan kepada saya dari awalnya,” dia meluahkan.

“Dan kemudiannya, tanpa saya tahu ia telah menjadi 65, kini sekali lagi, kamu dengan licik menangguhkannya ke 70 dan buat sedaya upaya kamu untuk memanjangkannya ke 93 tahun,” tambahnya.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang tersebar bahawa Kerajaan secara senyap telah mengubah umur Pembayaran Persaraan CPF dari 65 kepada 70 tahun. Namun begitu, ianya telah dikatakan sebagai tidak benar dan umur kelayakan pembayaran untuk Skim Dana Persaraan sememangnya masih 65 tahun bagi mereka yang lahir pada 1965, dan ini tidak pernah berubah sejak pengumumannya pada 2007.  Walaubagaimanapun, umur asal jika seseorang tidak menghantar borang permohonan pengeluaran, telah menjadi 70 tahun sejak Jan 2018.

Merasa sangat-sangat tidak gembira, Ang bertanya, “Sejak 20 tahun yang lalu, kamu telah memberikan terlalu banyak petunjuk untuk menunjukkan yang perkara tidak terjadi seperti yang kamu fikir akan berlaku, jadi bilakah boleh ianya jadi betul?”

Dia mengakhiri siarannya dengan mengatakan jika perkara ini terus berubah-ubah seperti sekarang, dia tidak dapat menggambarkan apa perubahan yang berlaku sedekad dari sekarang, apabila dia sudah berumur 64 tahun.

 

Dear CPF Board,You are the appointed agency to manage my retirement fund, which comes from my monthly contribution…

Posted by Khris Ang on Wednesday, January 30, 2019

Selepas membaca siarannya, netizen juga bersetuju yang Lembaga CPF melakukan perkara yang tidak betul apabila berterusan menunda pembayaran.

Check Also

Hyflux akan menyaman konsortium Indonesia SM Group kerana “pelanggaran” Perjanjian Bailout

Syarikat janakuasa dan rawatan air tempatan yang dibelenggu hutang, Hyflux, akan menjalankan prosiding sivil terhadap …